Pages

6.5.11

Syukur

Assalamualaikum..


Mesti korang pelik kenapa aku rajin pulak ber-blogging sehari dua ni. Yang tak pelik tu please lah buat-buat pelik ok. Haha Alah,nak pelik kenapa pulak, biasa ar duduk rumah, cuti kan. Yang korang pelik ape pasal? Eh sory sory, aku jugak yang suruh korang rasa pelik kan tadi. Maaf maaf.

Yes, memang aku takde life sekarang ni. Duduk rumah makan tido tengok tv je. Tapi bermula ahad ni aku dah ada life beb. Guess what?! Aku dah dapat kerja la beb. I got the job! Yeah, aku dah ada kerja. Takde lah aku nak menganggur je kat rumah. Haha Yihaaaa,seronoknya rasa. Yabedabeduuuuu!!!  Oi, jangan nak teruja sangat lah.

Petang tadi panggilan yang ditunggu-tunggu memanggil jugak. Alhamdulillah, dah dapat kerja. Tak payah susah-susah nak cari kerja jadi along or penarik kereta. So, cuti aku kali ni lebih bermakna sebab i will get new experience sebagai pekerja kedai buku. And i hope semua nye baik-baik aje, bos yang baek, pekerja lain pun ok hendaknya. Yang penting aku harap aku enjoy dengan kerja tu! Insyaallah  

Dan mungkin lepas ni aku dah tak berpeluang nak facebooking and blogging selalu. Yang paling aku rasa kecewa aku tak boleh nak ber-cityville sangat dah. Damn! Haha Mane boleh oo, semua orang time cuti ni pulak rajin dan laju gila main. Tak aci ar!! haha Maaf, emo pulak.

********************

Kepada ibuku Rahmah binti Ariffin. Selamat Hari Ibu. Dan bagi am setiap hari adalah hari ibu. Terima kasih mak jaga dan didik am n anak-anak yg laen sampai besar tinggi macam ni haa. Haha Semoga panjang umur dan dikurniakan tubuh badan yang sehat. Love u mak! Muahhh


"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Wahai Tuhanku, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sygnya memelihara dan mendidiku semasa kecil. Amin Ya Rabbal Alamin.."

 

1 comment: