Pages

5.2.13

Ikhlas itu bukan mudah


Assalamualaikum warahmatullah

Kekadang aku terfikir kenapa org yg solat dan melakukan amal ibadah yg lain tetapi masih melakukan dosa.Kenapa org yg selalu melakukan kebaikan tetapi masih tega melakukan maksiat.Kenapa kekadang nampak berubah ke arah kebaikan pada mulanya tapi kemudian kecundang di pertengahan jalan dan kembali kepada asal.

Aku juga begitu.Aku pun manusia. Ketika diri ingin berubah ke arah lebih baik dan bermujahadah di jalan Allah, kekadang diri tidak terlepas daripada dosa. Mungkin itulah sebabnya kita disuruh sentiasa bertaubat dan bermuhasabah diri.

“Keampunan Allah mendahului murka-Nya”. “Pintu taubat Allah itu lebih luas daripada ruang langit dan bumi”. Itulah kata-kata pemujuk yg sering aku ingat supaya tidak berputus asa dan sentiasa bertaubat kepada Allah.

Mungkin kerana aku melakukan kebaikan tidak ikhlas..bukan kerana Allah.Mungkin juga aku meninggalkan kejahatan tidak ikhlas...bukan kerana Allah. Kekadang terasa beramal dan melakukan kebaikan dgn ikhlas tetapi terganggu pula dgn perasaan ujub dan riak.

Ya,ikhlas bukan mudah. Kata ustaz, ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah.

Pesan pada diri, “Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat”. Buatlah apa sahaja kebaikan yg termampu sebanyaknya sehingga kita lelah utk melakukan kejahatan. Pedulikan ikhlas atau tidak kebaikan yg kita lakukan itu. Ikhlas itu hanya Allah yg berhak tentukan kepada hamba-Nya.

Ketika diri kekadang terasa masih lalai utk sentiasa mengingati Allah, ingatlah pesan Imam Ghazali pada muridnya yg bertanya “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”.Kata Imam Ghazali, “Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata perkataan yg kotor dan sia-sia”. Ya,lebih baik lalai dan leka dalam melakukan kebaikan.

Kekadang ada teman yg berkata “Eleh dia ni, setiap hari baca Al-Quran, setiap hari pegi masjid, tapi perangai tak ubah pun”. Memang nak berubah bukan mudah, nak istiqamah pula lebih sukar. Perubahan kita bukan utk org lain nmpak dan perasan, tapi cukuplah sekadar diri sendiri tahu dan sedar utk sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Teringat satu kisah pertanyaan Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seseorang yg mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah s.a.w menegaskan solat org itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yg buruk itu.

Kata ustaz pahrol mohd juoi, “Jika dirimu masih melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan utk berhenti melakukan kebaikan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapus kejahatan”.

Diharapkan supaya tidak berputus asa utk bertaubat kepada-Mu ya Allah. Moga tidak malu utk menangis mengharap keampunan-Mu ya Allah.

 Jangan putus asa utk bertaubat walaupun sering melakukan kejahatan. Teringat kata-kata, Kejahatan yg menyebabkan engkau menangis,lebih baik daripada kebaikan yg menyebabkan engkau takbur.

Ya Allah, pilihlah aku untuk ikhlas walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia. Aaminn Ya Rabb

"Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita"