Pages

6.5.11

Syukur

Assalamualaikum..


Mesti korang pelik kenapa aku rajin pulak ber-blogging sehari dua ni. Yang tak pelik tu please lah buat-buat pelik ok. Haha Alah,nak pelik kenapa pulak, biasa ar duduk rumah, cuti kan. Yang korang pelik ape pasal? Eh sory sory, aku jugak yang suruh korang rasa pelik kan tadi. Maaf maaf.

Yes, memang aku takde life sekarang ni. Duduk rumah makan tido tengok tv je. Tapi bermula ahad ni aku dah ada life beb. Guess what?! Aku dah dapat kerja la beb. I got the job! Yeah, aku dah ada kerja. Takde lah aku nak menganggur je kat rumah. Haha Yihaaaa,seronoknya rasa. Yabedabeduuuuu!!!  Oi, jangan nak teruja sangat lah.

Petang tadi panggilan yang ditunggu-tunggu memanggil jugak. Alhamdulillah, dah dapat kerja. Tak payah susah-susah nak cari kerja jadi along or penarik kereta. So, cuti aku kali ni lebih bermakna sebab i will get new experience sebagai pekerja kedai buku. And i hope semua nye baik-baik aje, bos yang baek, pekerja lain pun ok hendaknya. Yang penting aku harap aku enjoy dengan kerja tu! Insyaallah  

Dan mungkin lepas ni aku dah tak berpeluang nak facebooking and blogging selalu. Yang paling aku rasa kecewa aku tak boleh nak ber-cityville sangat dah. Damn! Haha Mane boleh oo, semua orang time cuti ni pulak rajin dan laju gila main. Tak aci ar!! haha Maaf, emo pulak.

********************

Kepada ibuku Rahmah binti Ariffin. Selamat Hari Ibu. Dan bagi am setiap hari adalah hari ibu. Terima kasih mak jaga dan didik am n anak-anak yg laen sampai besar tinggi macam ni haa. Haha Semoga panjang umur dan dikurniakan tubuh badan yang sehat. Love u mak! Muahhh


"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Wahai Tuhanku, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sygnya memelihara dan mendidiku semasa kecil. Amin Ya Rabbal Alamin.."

 

5.5.11

laa laa laa kerja laa~~

assalamualaikum semua..

Pagi tadi aku start cari kerja dah. Almaklumlah cuti 4 bulan kan. Daripada duk membongak je kat rumah baek kerja, dapat gak fulus. Lepas subuh aku siap-siap,tak sempat breakfast terus keluar cari kerja. Haha Takdelah, tu kalau dah kerja patut la pun macam tu, ni baru nak cari kerja yang over sangat ape pasal kan. Aku pergi cari kerja bila aku agak-agak shopping complex kat area rumah aku dah bukak. 

Dengan menaiki motor Liquid Cool aku pun gerak ke destinasi peluang pekerjaan yang aku rasa berpeluang cerah untuk dapat kerja. Aku pun pergi la jalan-jalan,usha-usha awek kedai yg ada tulis job vacancy. Aku masuk tanya, nak female, kedai underwear laki pun nak female? Apa kejadahnya. Then aku pergi la pulak kedai 'underwear' perempuan, kot-kot la tadi dia nak female yang ni dia nak male pulak kan. Aku nak jejak kaki je dalam kedai tu aku terasa ada orang stare aku. Terus langkah mati, sambil berfikir sejenak. Mesti dorang fikir aku ni pervert kalau mintak kerja kat situ kan. Terus tak jadi masuk aku pura-pura ada orang call lepas tu blah tempat laen. Cover. Haha

Aku pelik la, semuanya prefer female kerja part-time. Apa? Diorang takot lelaki ni tak jujur dan amanah ke? Diskriminasi betol. Diskriminasi menjatuhkan aku... haaa kan dah ternnyanyi.

Lepas tu macam mana aku boleh terlalu kat satu kedai buku ni. Aku patah balik,masuk then tanya uncle owner kedai buku tu ada kerja kosong tak. Dia pandang aku. Aku pandang dia balik. Dia diam,aku pun diam. Lepas tu dia tanya aku macam-macam. Kira interview la tu kot. Then, dia ambil no phone aku, dia cakap esok(hari ini) i will call u, to confirm dapat kerja ke tidak.

So, hari ini aku akan tunggu panggilan dari uncle tu. Hope dapat la kerja kat situ, relax je aku tengok. Gaji pun ok, dekat pulak tu dengan rumah. Kalau bosan-bosan boleh la jugak baca-baca buku ilmiah kat situ. Duit poket dapat,ilmu pun dapat. :)

Ok la,nak tido dah. Rabak dah mata ni. Dua hari ni aku duduk rumah layan movie je. Haish
Selamat malam semua!