Pages

26.9.11

ohhhhh harammmmmm!!!!

assalamualaikum

Aku baru je lepas tengok cerita or cerekerama tajuk OH HARAM!. Ramai kawan-kawan aku yg recommend suruh tengok cerita ni. Dorang kata best. Aku pun teruja nak tengok so semangat suruh member download dan baru je tadi berpeluang tengok.Tengok berjemaah dekat dorm yang bocor syiling nye apabila hujan lebat turun.


Lepas tengok cerita ni, macam-macam persoalan bermain di fikiran. Asalnya mengantok terus segar disebabkan persoalan pasal cerita ni ligat menari kat kepala. Memang cerita ni agak berat. Kalau tak ditafsir dengan hati dan akal fikiran mungkin cerita ni hanya menjadi bahan ketawa orang sahaja.

Oh Haram ni kalau nak tau sinopsis dia boleh la google sendiri ye. Takpun download je terus. Serius tak rugi kalau tengok. :)

Bagi aku cerita ni dibuat based on reality. Reality masyarakat Islam sekarang ni yang dikatakan moden dan open minded. Ayat-ayat yang digunakan semua adalah tipikal Melayu dan biasa dengar orang-orang yang tidak dapat menerima teguran cakap. Contoh, " ingat kau pakai serban, kau mulia sangat ke?". Lagi contoh, "ala,pegang tangan je pun...", "alaa, kitorang study je,bukan buat apa pun,itu pun salah ke?" dan banyak lagi la. Mungkin korang pernah dengar dengan telinga korang sendiri or korang sendiri pernah cakap ayat-ayat macam ni secara lisan or dlm hati. Biasalah, kita kadang-kadang tidak boleh menerima teguran atau tidak senang melihat kebaikan orang lain.Setan plus hawa nafsu selalu mendorong menghasut supaya dengki so terjadilah kata-kata seperti "alaaa, dia bukan baek sangat pun..", "eleh,bajet alim la tuuu..". Free-free orang yang kita cakap macam tu dapat pahala kan.

So,bukan salah ibu mengandung tapi salah diri sendiri yang tak dapat menerima teguran dengan baik. Sepatutnya kita yang cuba mengubah kekurangan diri tersebut dan memperbaiki kelemahan diri bukannya belagak sombong pulak. <------ nasihat untuk diri sendiri

Mungkin cerita ni boleh memberi pandangan negatif terhadap Islam dan golongan pendakwah tapi aku cuba mengambil hanya nilai positif dan pengajaran melalui cerita ni, yang negatif tu campak jauh-jauh.

Jadi, persoalan yang masih bermain di fikiran aku dengan seorang member aku ni adalah, adakah betol cara teguran yang dilakukan pendakwah ni? Sebab bagi kitorang setelah sama-sama berdiskusi (amboi ayattt...)  setiap ayat-ayat teguran dia kebanyakkannya adalah benar mungkin hanya cara nye agak kasar. Member aku sorang ni dah pun bertanya pasal ni kat seorang ustaz yang feymes kat Youtube. Kitorang tak tanya pasal jalan cerita ni best ke tak or pelakon dia hebat berlakon ke tak just kitorang nak tau betol tak cara teguran pendakwah tersebut in reality not only in drama. Sebab ramai yang bagi comment dan pendapat sendiri cara dia salah dan bagi ayat tipikal melayu yang berbunyi seperti ini "nak berdakwah biarlah berhikmah".So,kitorang sama-sama tunggu lah jawapan dan respond drpd beliau pulak. :)


p/s : bukan hanya sekadar menonton bergelak tawa, cuba mengambil pengajaran dan manfaat drpdnya

8.9.11

Alert : cuti dah nak habis!

assalamualaikum dan selamat hari raya maaf zahir batin :)

Semalam merupakan hari last aku bekerja kat kedai buku uncle tu. Macam biasa, rasanya macam baru je aku start keje kat situ, tapi sebenarnya dah 4 bulan pun. Means that cuti sem 4 bulan ni pun dah nak habis, tinggal berapa hari je lagi nak start new sem. Waaa, macam tak puas cuti pulak.T.T

Kejap je kan rasa cuti 4 bulan ni. Bagi aku kejap la, maybe sebab aku kerja kot time cuti ni. Mungkin ada yang dah nak gila sebab bosan duduk rumah kan, so cuti 4 bulan ni rasa lama yang amat.

Bagi aku, cuti 4 bulan ni agak best dan bermakna untuk aku. Tak macam cuti-cuti sem sebelum ni, kerja tido je, rasa membazir je cuti tu. So, cuti aku kali ni had give me a lot of experience, aku dapat belajar benda baru, dapat kawan baru dan 'benda' baru.hehe Cuti ni jugak dapat la aku shopping raya guna duit sendiri,hasil keringat peluh sendiri, padahal tak peluh pun kerja(duk tempat aircond) haha tapi still aku rasa bangga, sbb belanja aku time cuti ni guna duit sendiri. Takdelah aku mengharap duit mak ayah je, belas ihsan simpati diorang.

Syukur alhamdulillah, thanks Allah, semoga segala apa yang aku lakukan selama cuti ni mendapat keberkatan-MU Ya Allah. Amin

Tapi nak start sem baru ni macam tak ready je lagi. Registeration subject this sem ni pun macam pelik, dan aku punya pun tak settle lagi. Credit hours pun tak cukup. Haaa, memang i have to worry la kan. Kang tak pasal2 next sem berlambak subject aku kena amek. Lepas tu aku nak balik u ni terpikir pulak macam mana la rupa bentuk kolej baru aku nanti. Haiyaaaa

Ni pun lusa dah nak balik tak packing apa lagi. Standard lelaki la kan, esoknya nak balik baru gelabah nak packing. Nanti tunggu jela, mesti ada je barang yang tertinggal. Dah biasa. Haha

So aku harap next sem is better than the last sem n menjadi student U yang lebih baik. Hehe Insyaallah :)

18.8.11

kalau Kekasih ada di antara kita

assalamualaikum

Pernah tak kita terfikir "kalau Rasulullah s.a.w ada bersama kita sekarang ni,bagaimana?" rasa-rasa apakah reaksi kita dan apa yang kita nak cakap kat Baginda. Aku tak pernah pun terfikir pasal ni sebelum aku tengok satu video yang ayah aku recommend kat youtube. Sangat tersentuh lepas tengok video yang diambil dari sebuah rancangan tv arab tu :(



So,kali ni aku nak share pasal sebuah rancangan realiti yang sangat bagus untuk kita hayati dan sangat berbeza dgn rancangan realiti yang ada kat negara kita ni.

Rancangan Lau Kana Bainana Alhabib ( Kalau Kekasih ada di antara kita) adalah satu rancangan mengenai respon orang ramai terhadap sunnah baginda Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk menghidupkan kembali sunnah Baginda. Macam-macam situasi telah direka dan dicipta untuk melihat respon dan akhlak masyarakat Islam  zaman sekarang. Korang boleh tengok kat youtube n kat astro pun ade cerita ni. Channel Al-Hijrah (114) tiap hari pukul 5.30 pagi. Sambil-sambil sahur tu boleh la pasang tv tengok. Sementara tunggu masuk waktu solat subuh kan.

So, aku recommend kan rancangan ni untuk korang tengok sbb cerita ni mampu buat kita rindu dan lebih mencintai Rasulullah s.a.w. Menitis air mata tengok respon daripada Muslim/Muslimat yang begitu cintakan Baginda. Semoga kita juga dapat mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda. Amin

Kalaulah Baginda ada bersama dgn kita.....

16.8.11

ramadhan yg indah

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Quran 

Alhamdulillah,sekejap je dah masuk 17 ramadhan. Rupanya dah 17 hari berpuasa. Rasanya baru je start puasa aritu, pejam celik dah pertengahan ramadhan. Rasanya tak terlewat lagi nak wish Selamat Berpuasa kepada anda semua. Even sekarang rasa macam dah dekat sangat nak raya kan, yelaa, kat corong-corong radio,channel tv semua dah dok pakat pasang lagu raya,tayang video raya,rancangan memasak kuih raya,cover-cover majalah pun penuh dengan muka artis tayang baju raya mereka. Mood raya awal-awal lagi dihidang sebagai santapan kita, semua dah dok pikir pasal baju raya,kuih raya,perabot raya,langsir raya dan duit raya. Sampai kita lupa keberkatan Ramadhan itu sendiri. -.-

Dulu biasa kan kita dengar atok-atok or mak ayah kita cakap “ Kalau tak puasa tak boleh raya dan tak dapat duit raya”. So kita masa kecik-kecik dulu dengar macam tu terus semangat berpuasa sebab takot nanti kalau tak puasa tak boleh raya dan yang lebih ditakotkan kalau tak dapat duit raya. Biarlah kita puasa sampai tak larat nak bangun, kering abis air liur ditelan, ada yang  balik sekolah terus terbaring sampai bukak puasa, sampai bila nak buka puasa pun kena papah duduk kat meja makan sbb tak larat sangat nak bangun jalan. Haha Itu semua sanggup ditahan asalkan bila raya nanti janji dilaksana iaitu dapat duit raya. Betol tak? Bagi budak yang tak puasa pulak, tak boleh berbuka sekali. Duduk depan tv kat ruang tamu sambil tengok orang yang berpuasa menikmati juadah yang penuh 1 meja tu dengan perasaan jeles sambil ckp dalam hati “ruginya aku tak habiskan puasa hari ni, kalau tak aku da boleh melantak semua makanan kat atas meja tu sekarang.”

Itu time kita kecik-kecik. Sekarang dah besar n bajet dah matang, so dah tak pakai dah pesan org tua-tua kat atas tadi tu. Sebab bila dah besar dah jarang dan susah nak dapat duit raya dah. So orang ‘besar’ ni pikir kalau tak puasa pun still boleh raya, duit raya tu tak kesah dah, sbb dah besar pandai dah cari duit. Maka mungkin dengan sebab ini dorang yang dah besar-besar ni ketegaq tak nak puasa. Selamber je berasap kat tandas,kat tangga-tangga laluan exit. Keluar tandas bau semerbak bau rokok, bangga kan orang tau korang hisap rokok dan tau korang tak puasa? Baguih laa..Dan paling chantek sekali perangai, bila tak puasa makanan punya la mewah-mewah, KFC, A&W , McD. Bersepah kat tangga-tangga, siap makan lunch set dan family set lagi. Baguih dok ada kan perangai korang. Mungkin bila bulan puasa je kot dorang berpeluang makan benda-benda cenggitu,bulan lain tak berkesempatan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Amin

                                                   ************************************

Amboih,panjang pulak prolog aku. Sory, dah lama tak berblog, rasa gian nak menaip itu pasal aku lempiaskan nafsu aku kat intro ni. Hehe

Sebenarnya aku nak kongsi  pasal sebuah buku ni. Sharing is caring kan :) Tajuk dia Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hasil tulisan Fatimah Syarha. Korang yg tengah baca ni mesti cakap “ adham ni,sejak keje kedai buku, macam-macam buku yang dia nak promote, poyo je, sebelum ni aku tengok dia ni tak pernah pun membaca,buku nota analog pun tak baca,ni pulak buku macam ni,lagi la impossible nak baca.” kan kan? Hahaha Aku hanya mahu berkongsi dan suggest-kan kat korang suruh baca sebab aku rasa buku ni semua orang patut baca.




Ni aku nak bagi preview sikit pasal buku ni. Buku ni adalah berkisar pengalaman seorang wanita ketika masih belajar sehingga lah selepas kahwin. Walaupun penulis ni menggunakan watak dgn nama lain dalam buku ni tapi aku rasa cerita ni adalah mengenai pengalaman hidup beliau sendiri. Buku ni boleh la aku ckp sebagai motivasi or sumber inspirasi untuk kita semua. Tajuk ada perkataan cinta tapi bukan lah cinta sesama insan je semata-mata. Macam-macam info dan tips yang sgt berguna ada dalam buku ni. Sunnah-sunnah nabi yang boleh dipraktik kan dalam hidup kita pun ada. Seriously, baca buku ni rasa macam reflect dgn realiti kehidupan kita n rasa macam kena kat batang hidung sendiri. So, aku malas nak kasi preview panjang berjela(kalau nak preview detail lagi boleh la google tajuk buku ni), hangpa cari hangpa baca la.Tak rugi pun. Lagipun buku ni tak tebal dan tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Ala, buku novel cintan cintun tu korang boleh baca tak sampai 3 hari inikan pulak buku ni, sejam lebih pun aku rasa dah boleh habis. Majalah hiburan Mangga or URTV mampu kau beli inikan pula buku ni yang cuma berharga rm12 (kalau tak silap) tak boleh kita beli.

Buku ni memang ‘highly recommended’ untuk remaja(macam aku ni) , suami isteri yang baru berkahwin, laki perempuan yang bakal berkahwin, bagi mereka yang bakal dirisik dan merisik, yang pernah bercouple atau sedang bercouple, mereka-mereka yang frust menonggeng putus cinta dan utk sesiapa yang tak pernah bercinta dan tak tau apa itu cinta, bagi mereka yang mencari cinta dan teman hidup dalam menuju redha Allah J

Aku berterima kasih sangat kat kawan kerja aku yang beriya-iya paksa suruh aku baca buku ni. Dan syukur Alhamdulillah, terdetik hati untuk meminjam dan baca. Lepas habis baca, memang rasa nak suruh semua orang baca buku ni. Even mak n kakak sendiri aku suruh baca. Kawan kat tempat kerja pun gilir-gilir pinjam buku ni.Aku pun tak tau kenapa, sebelum ni buku yang aku baca tak pernah pun rasa macam nak share kat orang suruh orang baca jugak. Tapi lepas baca buku ni, rasa macam...."ya,semua orang memang patut baca". Kalau tak semua pun atleast aku rasa keluarga,kawan-kawan dan kenalan aku patut baca buku ni. Sure, lepas korang baca buku ni korang dapat rasa apa yang aku rasa. :)



Selamat menjalani ibadah puasa semua. Semoga kita mendapat puasa yang sempurna dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Amin

27.7.11

eee...terujanyeee aku!!!

assalamualaikum

Tiba-tiba aku bernafsu untuk berblog pulak. Mana rakan-rakan blogger aku yang lain ey? Lama tak nampak. Korang busy kerja ke apa?? ke sebok pegi ber-honey moon ke sana ke mari. Haihhhh

Korang baca tajuk kat atas mesti rasa excited nak baca entry aku kan?? ala,jangan segan-segan la nak ngaku, ngaku je, aku tak bagitau orang laen. :P haha

Sebenarnya aku nak meluahkan rasa keterujaan aku nak pergi Stadium Bukit Jalil esok tengok Harimau vs Singa. Malaysia vs Singapura. Aku nak highlight tang Malaysia vs Singapura tu. Bukan Malaysia vs Chelsea, bukan juga Malaysia vs Liverpool dan juga bukan Malaysia vs Arsenal. Serius aku teruja gila nak pergi sokong Malaysia lawan Singapura. Dan aku tak rasa teruja macam ni bila Chelsea Liverpool and Arsenal datang bertandang aritu. Memang lah sebab aku Manchester United fan kan. haha Tapi kalau Man Utd datang pun still aku sokong Malaysia laaaa!! 

Semalam nasib baek la aku mintak tolong member aku belikan tiket awal. Member aku yang plan nak beli hari ni semua tak sempat. Tengah hari tadi kaunter dah closed. Habis semua 80 ribu tiket. Gila lah kan. Biar Singa cuak sampai meremang bulu ketiak dengar sorakan padu penyokong Malaysia esok. Biar striker tua dia tu lembik lutut esok nak tendang bola. And keeper dia pulak lembik jari n segan silu nak tangkap bola sepakan pemain Malaysia.

Aku harap defend Malaysia esok kental dan gagah macam pahlawan 300. Tak gentar pun sapa yang datang. Safee Sali pulak buat sepakan naga macam cerita Shaolin Soccer tapi versi melayu punya keluar imej Harimau la, biar keeper Singa  rabak glove dan baju nak tahan bola tu. Dan aku harap Malaysia have a spirit like Japanese Women player. Biar fizikal kecik mata sepet tapi hati besar, semangat pun besar! 


Esok,sebagai penyokong sejati aku harap aku boleh fokus untuk menyokong pasukan Malaysia. Tidak sesekali hilang fokus sebab ter-usha awek-awek yang pakai jersi Malaysia esok. hahaha Gila kau! Hot-hot kot awek yang pakai jersi Malaysia ni, dah la kat stadium tu dah memang hot. Haishh haha Dan aku rasa ramai jugak yang datang ke stadium semata-mata untuk mencuci mata dan nak tayang body. Ish3(geleng kepala) 

So esok, marilah kita bersama-sama menyokong pasukan negara kita. Yang tengok tv kat umah ke,kat mamak ke,kat internet ke, kau bersih ke tak bersih ke, tak kesah lah, yang penting kita sama-sama support our Malaysia team okay!!! Hopefully they can win tomorrow. :)


8.7.11

hari melawat sekolah

assalamualaikum

bila last korang jejakkan kaki kat sekolah korang? apa perasaan korang bila dah lama tak jejak kaki sekolah tapi pada suatu hari yang tenang dengan hujan yang baru reda, jalan pun nampak basah lagi korang melangkah masuk ke kawasan sekolah yang banyak menyimpan kenangan korang masa zaman sekolah dulu? 

Mesti perasaan korang macam.... waaaaa, hepinyaaa~~
waaaaa, terujaaa nyaaaa~~
waaaa, rindunyaaa kat sekolah~~
dan macam-macam waaaa lagi...kan kan??
owh tak ey??
korang tak suka ey pegi sekolah lama korang balik? :P
takpun korang pegi sekolah lama lepas tu masuk je pagar sekolah korang nangis sambil berlari keluar sebab ada kenangan pahit zaman sekolah dulu? tak mungkin kan...hehe

Amboih,panjang betol prolog. Sebenarnya aku nak cerita, semalam aku berpeluang menjejakkan kaki kat sekolah lama aku. Sekolah asrama yang banyak kenangan cambest kat sana. Sekolah yang mengajar aku hidup berdiri di kaki sendiri. 

Itupun sebab member aku ada buat lawan rugby dengan junior sekolah.Saja friendly sebab dorang ada pertandingan rugby hujung bulan ni. Alang-alang member oversea ramai yang dah balik cuti so dorang pun organize event macam reunion gak la. Reunion sambil bersukan. Bukan rugby je, basketball pun ada gak.  Memang ramai la yang turun. Meriah sekolah. Haha

Aku tak main apa pun petang semalam. Jadi tukang sorok jela. Bahan-bahan orang. Nak main rugby kriteria fizikal tak mencukupi, 6 pack kat perut tak cukup,dia kena 8 pack. Aku ada 6 pack je so takleh la nak tambah lagi 2. Haha Nak main basket pulak ketinggian dah standart NBA players tapi masalahnya aku takde bakat la nak main benda alah tu. Spoil je kan. Haha So terpaksalah aku jadi tukang sorok dan tukang tepuk untuk member-member batch aku.

Dah jejak kaki kat sekolah tak kan berdiri pandang bangunan sekolah yang old school tu je kan. Aku dgn member aku pun g la usha-usha setiap tempat yang ada kenangan time sekolah dulu. Naek dorm, duduk-duduk kat katil, ice-breaking dgn junior jap, haha melawat tandas, bilik iron baju, n banyak lagi la. Tak banyak pun berubah, yang berubah pun tandas dah elok sikit, nak melabur pun berselera sikit,semua dah berpintu,shower pun ganti baru, katil pun single bed dah skang, dulu double decker. Tapi  rasenya tu jela yang berubah. Yang lain mostly sama je,cikgu sama public phone sama. Even sekarang dah batch 9, aku dulu batch 4 kot. Kejap gila masa berlalu, tau-tau dah 4 tahun tinggalkan sekolah hu hu huuwww T.T

Lepas abes game, biasalaa kan, cikgu mana yang tak sayang bekas pelajar diorang. Mesti la nak nampak baek di mata pelajar-pelajar so dengan ikhlas hatinya cikgu rugby tu belanja kitorang makan kat kantin. Air sirap bandung dengan nasi goreng. Tak tau kenapa, bila orang belanja mesti rasa sedap je, siap bertambah-tambah,macam lahap bebenor, padahal biase je kan. Tula orang cakap berkat cikgu belanja. :)

Lepas maghrib, kitorang pun chow tinggalkan sekolah. Macam biasa, tak kan terus balik, mesti melepak pulak. Ramai member lama tak jumpa,so banyak lah story nak bercerita. Tengah malam baru la balik rumah. Tapi semalam memang seronok la. Rasa macam nak back to the future je zaman sekolah dulu. Bila kat sekolah semalam rasa cam budak belas2 tahun je umur. Padahal ada member perut dah macam anak 3 dah. Haha

 Mak aku pernah cakap, zaman sekolah la yang paling best. Aku setuju sangat! Memang zaman sekolah la paling best :)


bersemangat aku dgr lagu ni,nak jadi imam muda rasa :)

30.6.11

karipap karipap love!!

assalamualaikum

karipap....
macam-macam jenis karipap ada kat dunia ni. 
karipap pusing,karipap instant,karipap inti kentang,inti sardin,inti ayam dan daging cincang.
karipap yang enak di makan ketika masih panas.
karipap yang dijual oleh kak limah dan jugak si janda leha.
karipap yang dipanggil currypuff oleh mat salleh.
karipap yang selalu dibeli di waktu pagi di kedai tepi jalan dekat dengan ofis. 
karipap yang dulu 4 biji seringgit sekarang 3 biji for one ringgit.
It's all about karipap. 

Amboih,bukan main lagi kau berpuisi pasal karipap. Haha
Eh best jugak kalau buat lirik lagu ni. Cam kena jee bait-bait lirik dia. 
 Emm kena gelak ade laaaa! -.-

Tapi aku bukan nak cerita pasal karipap yang menjadi bahan untuk dijamah di waktu sarapan atau waktu petang. Aku nak habaq mai pasal karipap yang jadi bahan bacaan aku dan ramai lagi pembaca di luar sana. Karipap utk dibaca? Kau ni biar betul. Ada ke?
Ada laa,tengok kat bawah ni.



Tajuk novel ni Karipap-karipap Cinta. Agak catchy kan tajuk dia.
First time aku ternampak buku ni kat celah-celah rak buku terus mata aku "tertangkap" kat buku ni. Macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Haha Dengan pantas aku menyentuh(dah macam awek pulak nak sentuh-sentuh) buku tersebut dan membelek-belek tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aku baca cover dia pun dah cambest pusing belakang takde sinopsis pulak lagi la membuatkan hati aku meronta-ronta untuk membaca buku ni. (ayat novel kan?) haha Disebabkan aku curious sangat pasal jalan cerita buku ni terus aku baca bab yang pertama. Starting baca dah buat aku ketawa cover-cover takot customer nampak aku excited sangat baca buku tu. Kalau dorang nampak malu la aku! Haha

First chapter pun dah impressed aku so aku pun sorok buku tu cepat-cepat, yelahh, sebab buku tu tinggal satu, kalau tak sorok nanti ada orang beli pulak, kecewa aku.Haha Jahat gila gua. Tapi aku sorok sebab aku memang nak beli pun, tapi tunggu gaji laa.hehe 

Aku duk sorok-sorok tu pun sempat je aku baca curik-curik time bos aku takde. So aku memang berkesempatan baca buku tu sampai dah nak habis sebab bos aku selalu keluar, lagipun buku tu takde la tebal setebal kamus oxford tu, sehari pun dah boleh habis. Tapi aku sengaja tak nak habiskan sebab rasa bersalah pasal buku tu belom menjadi hak milik aku yang sah,padahal tinggal berapa mukasurat je nak habis. Hehe Bagi aku buku ni memang best la, aku memang suka sangat novel ni. Memang kena la dengan jiwa aku. Tapi bagi sesiapa yang rasa tak best buku ni lantak korang la. Best orang dan taste orang lain-lain kan.

Lepas aku baca buku ni, perasaan aku kat kuih karipap semakin meluap-luap( ayat novel lagi). Setiap hari ada je yang menjadi bahan kunyahan aku. Dan aku rasa novel ni pun kalau dibuat drama atau filem mesti best dan aku takkan lepaskan peluang tengok cerita dia. Asyik novel jiwang macam lagenda budak setan dengan Kasih yang Suci je dibuat filem dan drama apa salahnya buat filem untuk novel komedi romantik macam Karipap-karipap Cinta ni pulak.

Rupa-rupanya memang novel ni akan dibuat filem pun. Jadi tak sia-sia laa angan-angan aku untuk tengok novel ni diadaptasi jadi filem. haha Aku tau pun sebab aku google tajuk dia last week, tup tup dekat web PTS publication ada pengarah dah buat deal dengan penulis novel ni. Dan baru tadi aku search-search lagi kat google aku terjumpe kat blog pasal trailer movie ni. Wahhh, gilaaa laa, pantas gila diorang. Tak sangka dah nak keluar time raya nanti. Perghhh, macam dreams come true pulak. Haha

So I'll be waiting for u Karipap!! :D


Tapi kan, pelakon wanita dia macam kureng je. Macam tak sesuai dengan watak Sarah dalam buku ni. Tapi ape2 hal kena tengok dulu la. 

Apa yang penting...kerjasamaa, eh silap, apa yang yang penting petang ni aku pergi tengok Transformers 3. Huahuahua. Jangan jelesssss. :P

p/s Lepas ni nak selalu pergi support Malaysia kat stadium. :)

23.6.11

Tension sangat ke kau?

assalamualaikum

Apa khabar semua? sehat sejahtera hendaknya.
Semalam hari jadi awek aku. Apa yang patut aku bagi agaknya? Sebuah tv plasma 40 inci? Seekor beruang teddy bear sebesar pemeluk kayu  balak? Adakah juga sejambak bunga mawar berduri yg hampir layu dan sepapan coklat Ferero Rocher. Takpun hantar rombongan meminang terus?
Tapi bukan persoalan tu yang aku nak cerita kat entry aku pada pagi yang sunyi sepi ni. 

Semalam jugak ada artis datang tempat aku kerja aku. Nama dia kalau tak silap aku  Rebecca Nur Islam(padahal dah Google). Hot gilaaaa wa cakap lu. Nama je Nur Islam kat belakang tapi sexy habaq hang. Ketaq jugak la aku time dia tegur aku. Bukan tegur nak ajak berborak. Dia tegur macam ni " Yasin kat mana?" Owh,surah yassin.Aku ingat dia cari mana Yasin,member dia ke,rupanya surah Yassin. Aku pun bawak laa dia ke rak yang tersusun rapi pelbagai jenis Surah Yasin.Tapi bagus jugak, hot-hot pun pandai la jugak cari surah Yasin,nak baca. Tapi tak tau la, dia beli banyak-banyak,yang kecik-kecik mesti ada kenduri doa selamat ke takpun tahlil la tu kot. Ok, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.

******************************

Okay,  korang pernah stress or tension sampai rasa nak lari rumah or hisap rokok banyak-banyak sampai muntah tak?? Yang tak pernah bagus dan yang pernah aku nak tanya, dahsyat sangat ke tension korang tu sampai yang pompuan nak try hisap rokok abang dan ada yang bergaduh dengan mak ayah sampai nak lari rumah?? Contoh, bukan aku dan bukan orang lain. Bukan apa, aku cuma pelik dan hairan ada jugak makhluk yang mati akal atau jadi bodoh sekejap bila tension. Tu yang konon hisap rokok nak release tension dan pergi clubbing nak berseronok lupakan masalah dunia. Masalah dunia tak settle tambah masalah akhirat pulak. Kan lebih elok berdoa mintak tolong kat Allah mintak ringankan masalah, takpun agak-agak nak berdoa pun tak ikhlas sebab tension punya pasal baik tido je, petik gitar gubah lagu ke, takpun bersiar-siar di taman tasik. Kan lebih cantik begitu. :)


Kalau tension sebab yang relevan takpe jugak. Macam exam ke kan, takpe la jugak nak stress-stress pun,nampak la kita struggle nak jawab exam kan. Ni tak. Masalah kucing jiran saling bergaduh pun nak jadi hal. Takde kawan yang 1 kepala, lonely la konon, tu pun boleh jadi tension gila baby ke? Yang ko memilih sangat ape hal. Lagi best, putus cinta. Alololoooo, sampai nak terjun bangunan. Itu yang perempuan. Kalau laki putus cinta terjadilah kemurungan yang melampau. Sampai berjambang-jambang la macam dalam movie tu. Hati kaca betol la! Kalau dah bukan jodoh kau janganlah jadi bodoh. :)

" Time tu tension sangat, tak tau nak buat apa. Sebab tu buat benda bodoh macam tu. " 

Kelakar kan. Sebab tension buat benda bodoh. Selalu yang dah tersedar tu ayat dorang macam kat atas ni la.  Korang dah mumaiyiz kan so korang tau la ape benda yang aku maksudkan dengan benda bodoh. Tak perlu la kot aku nak bagi contoh. hehe 
Alhamdulillah laa, aku kalau tension2 pun aku tido. Main futsal hayun bola lepas geram, pasang lagu kuat-kuat sampai bergetar ligat gegendang telinga, makan banyak-banyak berhenti selepas sendawa 3 kali ,takpun diam je sepanjang hari.   

Aku post entry ni sebenarnya just to remind myself. Aku dengar cerita orang pasal masalah diorang, aku dengar pun stress dah, yang kena kat batang hidung sendiri tu lagi la 8x stress. Tapi aku kagum la siapa-siapa yang dapat settle down masalah diorang tu baik-baik tanpa melakukan perkara bodoh. Yelaaah, benda-benda macam ni bukan kita boleh control. Time sekarang ni ok lagi la kot, bila dah mai segala macam tekanan bila dah kerja nanti, dah beranak bini pulak tak tau tension dia macam mana pulak. Kita mampu control ke tak kene prepare la, fizikal,mental emosi semua. Siapa yang suka tension-tension nih. Muka ketat je sepanjang masa. Semua tak suka kan. So dont be stress yang too much! 

You can't avoid stress but you can manage it.


********************

Lesson yang aku dapat bila kerja kat shopping complex:
1.Bila orang tau kita ni single mula la pekerja laen yang lebih dewasa atau rakan-rakan sebaya nak kenen-kenenkan dengan awek-awek yang masih single yang kerja kat situ. So mula la yang dikenen-kenenkan tu saling tersipu-sipu malu, padahal takde pape pun.
2.Jangan terlampau baik dengan customer, especially anak dara sunti. Takut disalah erti kebaikan kita iaitu mereka mungkin ingat kita syok kat dia atau nak ngorat mereka. Nak senyum pun cukup la senyuman yang sederhana,jangan senyum manis sangat. Tak perlu tegur dengan ramah mesra. ( aku dah terkena,menyesal..haha)
3.Bila kita baik dengan pekerja perempuan or lelaki kedai sebelah ataupun keluar break sama-sama maka berlakulah cakap-cakap orang atau gosip-gosip hangat di antara pekerja-pekerja lain di situ. "haaa, dia tu ade skandal dgn budak tu,haaa yang ni pulak ada skandal dengan budak kedai kasut tu." Bosan sangat takde customer jadi macam tu la, lepak bergosip je. 

p/s : karipap-karipap cinta dan drama band-babak pertama :)

10.6.11

Kalau la aku Mutan

assalamualaikum

Hari ni(semalam) gua cuti..
So gua rasa tak senang hati nak duduk rumah,sebab dah plan nak bawak mak gua jalan-jalan tapi hujan pulak so mak gua pun cancelkan je,gua pun keluar la pegi mall yang ada cinema yang dekat dengan rumah utk menonton wayang iaitu di WangsaWalk mall. 

Gua pun start la engine motor,dan agak-agak dah panas gua pun terus memecut laju meredah hujan renyai-renyai di jalan raya ala-ala filem Remp-it. Sampai kat sana dalam 5 minit menunggu,member gua pun datang. Member baek gua dari sekolah rendah lagi dan perangai pun boleh tahan kesengalan dia. So ngam la dgn gua.

Paling best dia dah janji nak belanja gua tengok wayang. Tu yang seronok bila lama dah tak jumpa mintak apa pun semua on je. Haha Rezeki beb! 

Lu orang nak tau gua tengok cerita apa?? Serius terbaek!!


Bukan cerita kat atas, ni haa kat bawah ni...



Puas hati la tengok cerita ni, dah la tengok free, tapi tak free sangat la, sebab gua bukan jenis yg suka terhutang budi orang belanja so gua pun belanja member gua popcorn, fair la kan. Haha 

Baru gua paham bila tonton cerita X-Men ni. Macam mana si Prof X dgn Magneto yang pada mulanya macam pasangan gay tapi lepas tu bermusuh. Dan si nerd super smart tu boleh jadi Beast pulak. Dan pasal apa si magneto tu pilih helmet jadi kostum dia. Semua persoalan berjaya dirungkai dalam filem ni. Cewah ayat, tak boleh poyosss lagi ke?? haha

Bila tengok cerita ni terasa gua pun mau jadi mutan gak laa. Macam best je. Kalau aku jadi mutan aku nak jadi mutan yg boleh terbang macam ni.


Banshee yang sengal

Dan lagi best siap boleh invisible lagi. Senang nak skodeng, eh silap, senang nak maen nyorok-nyorok. Haha
Yelah, kalau agak-agak bosan bila dalam lecture hall tapi nak keluar selamber badak takot lecturer sentap pulak kan, so baik invi je sape pun tak perasan kan. Bijak tak? haha

Tak pun gua ada superpower boleh bertukar-tukar wajah. Dengan riak dan sombongnya selamber je gua bertukar jadi Aaron Aziz aka Seth Tan dalam cerita Nora Elena tu. Perghhh, beratur awek-awek dan makcik-makcik nak kuar date dengan gua kan. Semua nak beromantika dengan gua. Haha Takpun jadi Justin Bieber, dapat Selena Gomez! huahuahua*gelak jahat

"Sebab tu la kau tak jadi Mutan or X-Men. Kalau tak jahanam" <--- khas dituju kat diri sendiri.

Oklah, hari pun dah gelap(mmg la dah malam) so baek tido dululah. Esok nak kerja. So, selamat malam semua!! :)

p/s : cerita KL Gangsters full house dari petang smpai midnight. Dahsyat!!

7.6.11

Saya suka baca buku!

last published 6 May...

today 8 June..so thats means dah genap sebulan la aku tak ber-blog ni...perghhhh 

same la kita Matt Dean oiii...haha

assalamualaikum pembuka bicara..amboih,macam masuk pertandingan pantun pulak

Kejap je rasa. Dah sebulan dah aku kerja rupanya. Pergi kerja balik kerja lepas tu pergi balik, balik rumah balik. Itulah rutin harian aku sepanjang sebulan ni. Memang takde life langsung lah bila kerja ni. Patut la orang selalu cakap zaman belajar la paling best. Setuju! 

Dah tu kalau takde life kenapa kerja? duduk rumah la goyang bontot lagi best!

Saya kerja sebab bosan duduk rumah je. Kalau kerja dapat la jugak duit poket. Saya bukannya anak orang kaya harta duit meleleh-leleh masuk senang macam gitu aje. Goyang bontot je dapat duit! boleh ke camtu??haha

Dah kerja sebulan kat kedai buku nih, ade la habis 1 rak buku aku baca. Hebat tak? Ade gaya macam pelajar cemerlang tak?haha 


"Bosan lah, baca buku lahhhh" 
susah ooo nak dengar ayat macam ni keluar daripada mulut aku. Sekarang ni bosan je baca buku. Kalau ade orang tanye aku bosan buat ape aku jawab " Kalau bosan aku baca buku." mesti orang yang tanya tu cakap " Koya sungguh nate niiieee." Yelaaaa, dah aku kerja kedai buku tak kan nak maen gym angkat besi pulak kan. Kang kalau aku jawab "Kalau bosan-bosan aku skodeng jiran sebelah rumah" kang...apeee pun tak bolehh! 

Biasalah, dah kerja mesti ada rakan kerja kan. Rakan kerja pun semua best-best lah. Taklah bosan kerja. Ramai yang aku kenal muda-muda daripada aku. Yang siap berjambang misai semua dah, ingat geng abang-abang, n ada muka matang macam mak budak dah rupanya muda daripada aku. Lepas tu ramai tak percaya aku dah 21. Ada ke patut ingat aku nih budak lepas SPM? siap ade nak ngorat lagi. Ingat aku nih budak-budak baru habis sekolah ke. Damn! 

Tapi kan best jugak orang ingat aku umur belas-belas lagi. Budak sekolah perempuan yang datang kedai buku pun comel-comel habaq hang! Boleh la test ngorat. Haha Paling best diorang panggil 'abang'. Contoh " Abangggg (nada suara paling lembut), kat mana buku bla bla bla...." hahaha Saya pun bersemangatlah carikan untuk diorang. Hehe

**********************

Dah kerja ni futsal pun dah jarang. Nasib baeklah seminggu sekali ade la jugak berpeluh maen. Melepak pun kurang,member pun masing-masing kerja. Ade yang dah start belajar. So jarang dah nak membuang masa tak tentu hala. Bagus jugak! 

Lagi satu, cuti ni aku tak sempat lagi nak keluar tengok wayang cerita-cerita baru. Tak berkesempatan lah. Cuti pun sehari je seminggu, bila cuti pulak tak keluar pun, duduk rumah tido je. Haram nak keluar tengok wayang kan. Btw,dengar cerita X-men best. Huhu

Ok lah, berjaya pun aku mengarut kat blog aku nih, dah lame dah pendam sebenarnya. Just dont have a time for u baby! *bluekkk haha 
Selamat malam! Semoga anda sehat semuanya. Rindu pulak member-member kat UMP. :)


6.5.11

Syukur

Assalamualaikum..


Mesti korang pelik kenapa aku rajin pulak ber-blogging sehari dua ni. Yang tak pelik tu please lah buat-buat pelik ok. Haha Alah,nak pelik kenapa pulak, biasa ar duduk rumah, cuti kan. Yang korang pelik ape pasal? Eh sory sory, aku jugak yang suruh korang rasa pelik kan tadi. Maaf maaf.

Yes, memang aku takde life sekarang ni. Duduk rumah makan tido tengok tv je. Tapi bermula ahad ni aku dah ada life beb. Guess what?! Aku dah dapat kerja la beb. I got the job! Yeah, aku dah ada kerja. Takde lah aku nak menganggur je kat rumah. Haha Yihaaaa,seronoknya rasa. Yabedabeduuuuu!!!  Oi, jangan nak teruja sangat lah.

Petang tadi panggilan yang ditunggu-tunggu memanggil jugak. Alhamdulillah, dah dapat kerja. Tak payah susah-susah nak cari kerja jadi along or penarik kereta. So, cuti aku kali ni lebih bermakna sebab i will get new experience sebagai pekerja kedai buku. And i hope semua nye baik-baik aje, bos yang baek, pekerja lain pun ok hendaknya. Yang penting aku harap aku enjoy dengan kerja tu! Insyaallah  

Dan mungkin lepas ni aku dah tak berpeluang nak facebooking and blogging selalu. Yang paling aku rasa kecewa aku tak boleh nak ber-cityville sangat dah. Damn! Haha Mane boleh oo, semua orang time cuti ni pulak rajin dan laju gila main. Tak aci ar!! haha Maaf, emo pulak.

********************

Kepada ibuku Rahmah binti Ariffin. Selamat Hari Ibu. Dan bagi am setiap hari adalah hari ibu. Terima kasih mak jaga dan didik am n anak-anak yg laen sampai besar tinggi macam ni haa. Haha Semoga panjang umur dan dikurniakan tubuh badan yang sehat. Love u mak! Muahhh


"Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Wahai Tuhanku, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sygnya memelihara dan mendidiku semasa kecil. Amin Ya Rabbal Alamin.."

 

5.5.11

laa laa laa kerja laa~~

assalamualaikum semua..

Pagi tadi aku start cari kerja dah. Almaklumlah cuti 4 bulan kan. Daripada duk membongak je kat rumah baek kerja, dapat gak fulus. Lepas subuh aku siap-siap,tak sempat breakfast terus keluar cari kerja. Haha Takdelah, tu kalau dah kerja patut la pun macam tu, ni baru nak cari kerja yang over sangat ape pasal kan. Aku pergi cari kerja bila aku agak-agak shopping complex kat area rumah aku dah bukak. 

Dengan menaiki motor Liquid Cool aku pun gerak ke destinasi peluang pekerjaan yang aku rasa berpeluang cerah untuk dapat kerja. Aku pun pergi la jalan-jalan,usha-usha awek kedai yg ada tulis job vacancy. Aku masuk tanya, nak female, kedai underwear laki pun nak female? Apa kejadahnya. Then aku pergi la pulak kedai 'underwear' perempuan, kot-kot la tadi dia nak female yang ni dia nak male pulak kan. Aku nak jejak kaki je dalam kedai tu aku terasa ada orang stare aku. Terus langkah mati, sambil berfikir sejenak. Mesti dorang fikir aku ni pervert kalau mintak kerja kat situ kan. Terus tak jadi masuk aku pura-pura ada orang call lepas tu blah tempat laen. Cover. Haha

Aku pelik la, semuanya prefer female kerja part-time. Apa? Diorang takot lelaki ni tak jujur dan amanah ke? Diskriminasi betol. Diskriminasi menjatuhkan aku... haaa kan dah ternnyanyi.

Lepas tu macam mana aku boleh terlalu kat satu kedai buku ni. Aku patah balik,masuk then tanya uncle owner kedai buku tu ada kerja kosong tak. Dia pandang aku. Aku pandang dia balik. Dia diam,aku pun diam. Lepas tu dia tanya aku macam-macam. Kira interview la tu kot. Then, dia ambil no phone aku, dia cakap esok(hari ini) i will call u, to confirm dapat kerja ke tidak.

So, hari ini aku akan tunggu panggilan dari uncle tu. Hope dapat la kerja kat situ, relax je aku tengok. Gaji pun ok, dekat pulak tu dengan rumah. Kalau bosan-bosan boleh la jugak baca-baca buku ilmiah kat situ. Duit poket dapat,ilmu pun dapat. :)

Ok la,nak tido dah. Rabak dah mata ni. Dua hari ni aku duduk rumah layan movie je. Haish
Selamat malam semua!




30.4.11

Berfoya-foya, Jiwa kelajuan Fast & Furious

Assalamualaikum semua...

Haaaa, ni ceq nak habaq yang ceq dah abeh exam nih. Alangkah gumbira nya rasa hati ini. Bagaikan anak-anak kecil berlari keriangan di taman permainan. Haa, macam tu la gambaran betapa aku ni betoi2 happy habaq hang! 

Tak sangka naa, kejap betoi abeh dah sem 4 nih. Time mula-mula dulu selalu merungut awat la lambat sangat nah abeh sem nih, ni bila dah abes sebok nak kecoh kejap pulak masa berlalu. Tula dia, tabiat!

Bila dah abes so macam biasa, aku pun berpoco-poco   berpoya-poya la. Hari ini dan semalam,amboih macam tajuk lagu dah. haha hari ni dgn semalam aku pergi bersuka-ria dengan classmate aku. Kitorang pergi clubbing,menari sambil ketawa riang. Haha takdelah, kitorang pergi main bowling, makan-makan then tengok wayang. Gila apa nak pergi clubbing. Mau kena membebel dengan mak aku 3 hari 2 malam. huhu

Kitorang tengok cerita Fast Five tuuuu!! Best gila! Even aku ni bukan la minat sangat pasal kereta-kereta ni mahupun penonton setia cerita fast furious ni apatah lagi seorang gamer Need For Speed, tapi im feel very excited bila tengok cerita ni. Giler dahsyat oo tengok kereta-kereta yang super awesome dalam cerita tu. Lepas tu accident relax je biar hancur berkecai semua. Ada orang kat dalam wayang tu siap menjerit macam kereta dia pulak yang kena langgar. Stress kot tengok kereta smart2 hancur macam tu je.HAHA Lepas tu pulak pelakon semua super cool, The Rock ade kot,memang terbaek laa!! Seriously, its an awesome movie. Berbaloi-baloi korang bayar duit tiket wayang tu.



Habis tengok wayang, macam biasa semua dok berangan nak drive macam dorang ni. Bukan dorang, aku sekali. haha Balik tu aku terus pecut 140 km/h,kereta kancil je pun,berlumba-lumba dengan member aku. Hebat tak? Macam fast & furious tak?? ngeh ngeh Tipu je...haha

"Kalau la aku dapat kereta macam dalam citer tu mesti best kan?" Mesti korang pernah bermonolog dalaman macam tu kan. kan kan :P

**************

Cuti 4 bulan ni nak buat ape ey?? lama tuu...takkan goyang kaki garu perut je.Dan tak kan nak majukan bandar kat Cityville je kot. SO kerja la. Emmm balik ni aku nak cari kerja yang halal. Thats my first plan.  Yelah, nak kahwin kan, kena la cari kerja kumpul duit. Haha Aku nak cari kerja CEO bank ke. Ok jugak kan?? :)

Lepas tu nak tengok bola dan layan astro ceria puas-puas!! YEAHHH

Ok la,selamat bercuti semua!! ^^



20.4.11

Exam

assalamualaikum... tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. geram tak??

Okay, sekarang ni dah in the middle of STUDY week. Pejam celik pejam celik kejap je dah nak habis sem 4 ni. Rasa macam tak habis berseronok lagi untuk sem ni tup tup dah nak final. Kejap benor masa berlalu. Sigh~



Macam biasa. Study week aku sama dengan steady week. Steady,relax,cool macam takde pape berlaku. Santai goyang kaki tengok movie,tido suka hati macam cuti. 

"Ko dah start study?"
"Ko dah study sampai mane?"
"Ko dah habis study?"
-----> soalan tipikal yang biasa aku dengar time2 nak exam nih.



Situasi yang biasa aku tengok pulak bila nak exam nih, ada daripada seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam. Murung. Suka berseorangan. Cakap pun sorang-sorang. Ada yang cakap dengan semut pun ada. Dahsyat tak?  Makan takde selera, mandi tak basah, tido tak lena, macam orang tengah angau dah aku tengok.

Lepas tu pulak ada yang emosi terlebih, sensitif bukan kemain. Tegur sikit terus kena sound " weh, aku nak study laaa, jangan kacau boleh tak?!!" sambil campak buku setebal kamus oxford ke muka orang yang tegur tu.
Dahsyat kan?? haha

Itulah dia. Macam-macam perangai keluar bila nak exam nih. Time-time macam ni lah ramai pakwe makwe yang suka bergaduh tanpa sebab, clash lepas tu tekanan tak boleh nak study. Exam kantoi salahkan pakwe or makwe masing-masing. Bagus kan perangai??

Korang pun mesti pernah alami situasi macam kat atas ni kan. Dan banyak lagi sebenarnya situasi-situasi aneh yang kita boleh tengoh time nak exam nih tapi aku  malas la nak story panjang2. Kang subuh pun tak habis lagi cerita. Aku pulak bila study week ni malas makin menjadi-jadi. So, cukuplah cerita pasal exam ni. Aku malas nak taip sebenarnya. Ahhh malasnyeee laaa..haha

Selamat malam cik beruang teddy saya :)


Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu?
 FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."




12.4.11

2 pALAM

Assalamulaikum semua...

Siapa kat sini yang dah tengok cerita 2 Alam Dr. Rozmey sila angkat tangan macam saya~~

Arghhhhhhh!!!!!!!!!!
Geram giler babeng siot tengok filem tu. Rasa nak baling 2 pAlam pencucuh je kat kepala Dr. Rozmey tu. Seriously, bagi aku, filem ni adalah filem paling teruk, worst film ever dan hancuss yang pernah aku tengok.

Patutlah semua orang kutuk je filem ni. Disebabkan high curiosity from bottom of my heart sebab apa filem ni jadi bahan kutukan orang dan masyarakat maka aku pun suruh member aku download dan tengok secara berjemaah. Starting pun dah geram dah. Takpe, disebabkan kitorang ni pengkritik filem tegar so kena lah jugak habiskan tengok cerita ni. Serius kitorang tak skip langsung even ada yang suruh forward and skip sebab tak tahan dengan adegan yang menguji kesabaran kami untuk menonton.

Tak pernah-pernah pulak tengok filem sampai hujung cerita sampai nama pengarah,penulis skrip dan yang terlibat behind the scene pun nak amek tau,selalunya nak cari pun nama pelakon je. Tapi, filem ni telah berjaya membuatkan kitorang tunggu sampai habis dan tengok nama satu-satu yang terlibat di sebalik tabir filem 2 Alam ni. Semua macam tak pernah dengar, yang aku tau tu laaa.. si Dr Rozmey tu, mana-mana ade je nama dia. DDR

And the worst thing, target punya la tinggi. 40 Juta. Pecah panggung konon, pecah punggung ada la.Yang tengok kat wayang mesti menyesal,sure! Masuk wayang tengok cerita ni tak sampai half mesti ada yang dah keluar. Tekanan.
Yang boleh dibanggakan pun sebab keluar seluruh pawagam kat Malaysia ni, rekod kot, 8++ pawagam kat Malaysia ni semua tayang cerita dia. Memang power!! -.-

So, pada sesiapa yang belom tengok cerita ni silalah tengok ye. Alamilah sendiri perasaan 'unik' apabila menonton filem ni. Anda dilarang memegang benda-benda berat takot terbaling di screen laptop atau tv anda. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi jugak dinasihati supaya tidak menonton cerita ini tanpa pengawasan penjaga anda.


                                            
                                              Rating : 2 pAlam pencucuh aku bagi kat cerita ni


11.4.11

Busy

assalamualaikum semua...

amboih,dah lama jugak aku tak menaip kat blog aku nih. Rasa rindu dan rasa...sayang-sayang hey pun ada kat blog aku ni. Sory laa, been busy la awak. Busy dengan aktiviti-aktiviti tak bermoral. Biase lah, budak U kan * tangan kat bahu mata pandang ke atas

Emmm kalau selalu update blog rasa macam takde life pulak kan. Nampak sangat banyak masa terluang, tak tau buat apa, mengadap laptop mengarang cerita. Ye dak??

So orang yang ada life ni selalu busy, buat-buat busy pun ada. Macam aku ni la. Busy je memanjang. Haha poyo. Takde la, aku cuma rasa sebok sikit dua tiga menjak ni. Tiap minggu ade futsal, minggu lepas baru ada masa nak balik umah. Dapat gak lepas rindu kat rumah dan family.
Weekend baru-baru ni (kelmarin) pulak aku pegi panjat gunung. Well, budak yang sukakan aktiviti lasak dan extreme macam aku ni mesti la join kan. Nama gunung tu Gunung Arong kat Mersing. Takde lah jauh mana dari UMP ni. Masuk bas tido sepanjang perjalanan memang la tak rasa lama kan. -.-

Tapi kan, name je trekking, ingat macam adventure la sangat, paling koman pun aku pikir macam Man vs Wild ke, tapi.....macam vacation or family day kat hutan je. Haha Pegi sana makan tido yang banyak. Kemudahan pulak semua ada kat sana, memang relax abes la. Aktiviti yang menepati piawaian trekking tu just panjat gunung tu jela. Tu pun kejap je, tak penat dan berpeluh sangat pun, penat bergambar je. Yang bestnya kat sana bab makan la. Dah macam mangsa banjir yang dapat bantuan makanan dah kitorang ni. Nak makan masak je, agak-agak lapar masak la megi, sardin, buat sandwich ke. Group aku lak rembat roti dengan kaya makan dalam khemah. Memang heaven. Haha Bila teringat balik memang nak tergelak je. Yelah, trekking macam gini gaya nye kan.

Kat hutan tu rasa tenang je, dapat la jugak restkan otak ni kejap daripada tekanan sebab test dan assignment presentation semua. Balik U balik, haaa tau lah, beratur asignment-assignment tu tunggu ajak date. Makin nak abes sem makin banyak pulak kerja. Rasa cam nak duduk kat hutan tu balik, stay seminggu dua ke. Sigh~

Tapi kan, kalau takde keje semua tu, selalu pulak update blog kan, so macam takde life la pulak. haha So bagi aku, bagus jugak busy or buat2 busy ni sebenarnya, sebok dengan aktiviti U or sebok dengan kerja-kerja, so takdelah bosan sangat hidup sebagai seorang student ni. Asyik mengadap FB or game pun bosan jugak kan. Nanti kalau anak-anak tanya, "papa papa, dulu papa kat U macam mana,buat apa?". Takkan nak jawab " Papa dulu kat U maen game, bersosial, tu je". " Tu je, tak bestnye papa, takde life". Terdiam kaw!! haaa Dan takkan korang nak diam je kot, cuba ingat balik memori yang cambest masa kat U kan. Try recall balik memori tapi hampeh, takde satu pun. T.T

So, busy-busy kan lah diri. Haha
 emmm cukup la kot saya merepek pagi-pagi ni kat awak. Mengantuk dah. 
Zzzzzzzz


p/s : minggu ni ada futsal, lepas tu start la study week. Yes!! haha  


23.3.11

politik S**ks!!

assalamualaikum semua....

Ok, kali ni aku nak cakap pasal politik. Aku da genap 21 tahun, dan dalam buku sejarah Tingkatan 5  ade bagitau  kalau da genap umur 21 boleh mengundi. Jadi, aku ada hak nak cakap pasal politik ni sebab aku ni da wajib undi. Ceh, macam wajib kahwin pulak. Haha So nak tak nak kena la concern dan amek tau pasal situasi politik kat tanah air ni.

Tadi baru je aku lepas tengok video pendedahan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat pasal video seks DSAI yang tengah panas sekarang ni. Mungkin korang ada yang tak tau pasal benda ni sebab dah lama tak tengok berita kan. Ala, internet ada apa guna?? Duk tengok pasal artis je, cuba la amek tau sikit pasal benda2 macam ni.

Ok, back to the story, ahli parlimen ni adalah antara 1 of the earliest person to watch the video. So, thats why dia buat PC (press conference)  untuk bagitau apa yang dia dapat daripada menonton video tersebut bersama-sama "ahli-ahli konspirasi" yang mengajak dia turut serta dalam konspirasi tersebut. Tapi, aku malas cerita laa, aku nak korang yang nilai sendiri. Sebab korang punye akal punye otak boleh pikir mane betol mane tidak. Aku tak belah mana-mana sebab politics sucks!! yeah, if there is any better words to describe it then correct me.

Nak tengok klik kat bawah ni :
video PC

kalau tak paham boleh klik sini

Korang jangan cakap, "ahhh, lantak diorang laa, kita bukan tau pun sapa betol!! Kita takde hak nak cakap pasal politik ni,kita kan student lagi... " hey, kalau student pun whats the problem?? Since kite student ni la kite boleh pikir dan kite kene amek tau pasal benda-benda macam ni, takdelah nanti jadi rakyat yang terima je apa orang suapkan, nganga mulut tadah tangan amek je ape yang orang bagi baek ke buruk lepas tu jadi bebal. Yeah,nobody's perfect but kalau orang-orang corupt macam tu yang kita undi sanjung salam cium tangan sanjung bagai nak pimpin kita, bayangkan la apa jadi nanti kat Malaysia ni. Tak payah nak ckp kat Malaysia la, kalau ketua or bos kita nanti jenis pecah amanah, korupsi takkan kita nak sanjung dan respect jugak kot kan?


************************

Kadang-kadang bila aku tengok movie pasal konspirasi, aku tak boleh nak tolak benda macam tu betol-betol terjadi in reality. Macam-macam cara sanggup buat untuk jatuhkan orang. Fitnah,rasuah selamber je. Yela, ada kuasa, ada duit, ada kabel besar, mudah la buat kerja-kerja macam tu. Macam cerita-cerita Hollywood dan Hindustan tu. Kan??

So, aku akan undi pemimpin yang baek, bukan baek dan pemurah hulur duit suruh orang undi tapi baek yang bawak kemajuan kepada rakyat dan bukan menjahanamkan. Tak kesah la parti mana pun since he or she still in right path i will support.


p/s : tapi aku pelik la, apesal modal nak jatuhkan orang pasal seks?? -.-"

19.3.11

siapakah gadis bertudung itu??

assalamualaikum semua...

OK, fine!!
Awak nak sangat saya update blog kan. Comment kat post saya bila nak update blog la ape la. Ok, saya update demi awak Fatin Liyana. :)

Tajuk saya pada hari ni ialah TUDUNG. Saya bukan nak jual tudung mahupun nak meng-promote-kan tudung-tudung apatah lagi nak buat tutorial cara-cara memakai tudung style macam Hana Tajima tu. Ni cuma story cket je pasal tudung sekarang ni.

Kat bawah ni saya nak tunjuk sikit jenis tudung yang saya perasan awek-awek selalu pakai sekarang ni.
Or 'trend' wanita sekarang.

Lets check it out~~





For those who doesnt know this girl, so inilah Fatin Liyana saya. Dia yang MMS picture ni kat saya. So sweet kan? ^^


  Eh eh, Heliza Helmi laa..boleh nyanyi lagu Cuma Aku untuk saya tak??haha
kak, besarnya ribbon atas kepala tu? nak petik boleh..hehe



Eh, Lisa Suriram pun ade?? Cun kan dia pakai tudung. Even tudung tu pakai express je.



Amboih, ayunyaa..terpikat saya..hoho
Simple but nice!! :)



haaa, tu diaaaa..cik Yuna Oh Bulan!! siapa tak kenal ni aku tak tau nak kata apa la. Dia ni da jadi role model and fashion inspiration bagi awek-awek skang ni. Pakai anak tudung biar rapat ke muka then pusing-pusing kan shawl keliling muka.Siap. Haa, pastikan jugak kaler tu kalerful ok. Nak style lagi bawak gitar ke hulu ke hilir. Nanti mesti org cakap "waaaa, Yuna laa..style gilewww!". Then, korang mesti bangga kan ^^



Eh eh, Heliza lagiii...haish haha
aku saje je taruk pic dia ni 2 kali...comel sangat!!
Rasa macam nak jadi tangan tu..kan kan haha






Nilah Hana Tajima yang aku mention kat intro tadi. For gurls, mesti ramai yang dah kenal. Tapi aku baru je kenal dia ni. She add me at FB. Well..malas nak bongkak! haha
Dia ni merupakan fashionista or fashion designer yang agak style. Memang style pun sebenarnya. Tengok la dia pakai macam mana. Dengan dressing dia lagi. Tak sangka aku, pakai tudung pun boleh jadi style. Dengan pakai kasut but kawad , dengan pakaian pelik-pelik. Perghh
Tu yang aku perasan skang ni gurls ramai yang dress up macam dia. Bila aku nampak je terus aku cakap kat member aku. Haa, tu dia Hana Tajima. Diorang pun dengan pantas pandang lepas tu  bengang kat aku sebab rasa diri dorang diperkotak-katikkan. Hoho

Tapi style-style pun still ada yang tak sedap mata dipandang. Aku nak panggil apa ey. Over. haa, over la kot. Sebagai contoh, korang nak pegi riadah kan, tapi bergaya macam nak pegi first date. Tudung kalerful siap rama-rama or bunga melekat kat tudung. Agak-agak la kan. Macam mana la rupe nak pegi first date pulak. Tapi sekarang ni aku tak nampak lagi la macam tu. Kalau ada pun yang pegi kelas or lab. Pakai lab coat tu yang kaler putih tu, tapi tang tudung dia, amboi, siap make up, then amek gambar banyak2 upload via BB or iPhone. Dia ingat ade photoshoot ke kat lab tu. Ahh, so annoying laa!!

" Dia tu model tudung la, sebab tu pakai macam tu..." Aku tau la awk tu model tudung ke ape, tapi ikut keadaan la nak bergaya pun. Kang orang cakap poser marah. haha

Lagi satu pasal tudung bersanggul tinggi ni. Abang aku panggil bonggol unta. Ramai kan aweks yang pakai macam ni. Kalau dalam kuliah tu mesti sapa yang duduk kat belakang tak nampak lecturer mengajar kat depan. Yelahh, terlindung oleh sanggul tinggi diorang ni. -.-"

Tapi kan, aku rasa dorang ni nak tayang dorang ada rambut yang panjang kot. Aurat nak tutup jugak tapi nak tayang rambut. So macam mana tu?


Haaa, kalau yang bertudung tapi pakai legging pulak macam mane? Atas tutup baek punye, tapi sekali pandang bawah, terjojol bijik mata. Tapi aku tak la, aku tutup mata. hehe

aku saje ambil gambar side tepi..kalau dari side belakang blog aku kene cop 18sx pulak..tanak2! haha

Itulah yang pelik-pelik jadi bila nak stylo mylo sangat. Nak berfesyen or up-to-date dalam berpakaian tu tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Bersederhana bukankah lebih baik.
Peace u all! ;)



p/s : futsal futsal futsal...bile nak balik ni?? argghhhh

*tajuk entah apa apa..haha

12.3.11

Perempuan + bola = panas

Assalamualaikum semua...

Hangpa semua jangan salah paham dengan aku pasai last post aku ye. Ala, gambar-gambar yang ala-ala nyah tu. Aku tak pernah pun masuk kelab kebudayaan apatah lagi terjebak dengan geng-geng sutun( bapok ) ni. Aku buat pengakuan ni sebab aku tengok ada yang pandang aku pelik sambil tersengih-sengih baru-baru ni. Mungkin agak was-was dengan kejantanan aku. Kalau hangpa masih confuse aku boleh buktikan. Aku suka anak patung. Eh silap, aku suka maen bola. Kalau sutun depa suka masak-masak, make up, maen Dota anak patung dan barang-barang kaler pink, macam hangpa la. Kan kan?? Haha

Tapi kan, kalau perempuan yang minat bola macam mana pulak? Adakah mereka dikategorikan sebagai tomtom boy, pengkid ataupun gurls poser yang bajet gileewww. Haa, nilah yang aku cuba sampaikan sebenarnya pasal post aku kali ni.

Bagi aku, awek-awek yang minat bola ni panas-panas (hot). Kenapa aku cakap camtu. Kalau takde angin tak kan bergoyang pokok tu kan. Mai kita usha kat bawah ni tengok bergoyang tak korang tengok awek-awek kat bawah ni.















See see. Ada tak gurls yang minat bola macam kat atas ni yang gaya ala-ala tomboy. Rambut pendek pun takde kan? Semua hot-hot macam Miss Universe. Mana tak semangat kan player-player nak sumbat gol. Kalau aku la yang sumbat gol dalam liga Epl tu, aku akan celebrate gol tu dengan  lari kat supporter yang hot-hot dengan harapan diorang akan peluk aku. Wah, heaven nye!! Haha 
*sebab tu la kau tak jadi player bola Epl. Berangan je kau mampu.

Anyway, aku suka perempuan yang minat bola ni sebab nanti ada point nak berborak. Lagi-lagi kalau dia minat team laen, lepas tu pulak team rival. Perghh, memang best lah bahan membahan. Ni ada sorang awek yang boleh dikatakan minat giler pasal sukan lelaki ni. Kipas-susah-mati Arsenal. Siap jadi pengulas untuk sokerleaks.blogspot  lagi.



farhana razaki *pinjam pic awak..boleh kan?? :))

Tengok tu, dia pakai jersi apa? Bangga giler muka.
Tapi kan, tadi MAN UTD saya menang lawan arsenal awak. Booooooooo <---- 6 harakat
Hari tu kerek sangat kan booo saya time MU kalah dgn liverpool. Revenge. Haha

Sekarang ni pun aku tengok ramai gurls yang minat bola. Minat sebab nak amek hati pakwe sebab pakwe dia minat bola ataupun minat sebab  pemain bola yang kacak-kacak? Whatever~~
 Even ada yang kenal 2 3 players only tapi semangat nak menyibuk pasal bola ni yang aku suka. Laki sembang pasal bola depa pun nak jugak. Ada tu time tengok bola, depa ni yang jerit lebih. Padahal bola tak masuk gol lagi, dah jerit awal-awal. Kalau jerit biasa boleh terima, tapi bagi high-pitch punya suara. Boleh bergetar gegendang telinga aku. Macam kakak aku la. Excited gila tengok bola. Haha

Hmmmm cukuplah aku meroyan. Nak siap-siap pegi shooting pulak. Amboih, shooting. haha
Shooting untuk video german laa. Terasa macam pelakon sinetron pulak pakai ayat shooting tu. Hoho

Ok la, selamat malam. Peace U all! :)


p/s : Macam best je Hikayat Merong Mahawangsa. Jom wayang?? belanja aku :)

4.3.11

Kenapa si cantik pasangan dia tak kacak?

assalamualaikum semua....

ahhhhhhh~~~~
 Penat baru lepas maen futsal tak hilang lagi. Tengah keringkan peluh kat depan kipas. First time for this sem maen futsal malam. Puas. Haha

Okay.....

Aku nak tanya u all la kan. Kenapa perempuan cantik selalu dapat lelaki yang tak berapa nak kacak ( hodoh kejam sangat so pakai tak berapa nak kacak la ok..) or kenapa lelaki tak hensem dapat perempuan cun. Eh, lebih kurang je kan dgn soalan first tu. Silap silap. Kenapa lelaki hensem pulak dapat perempuan yang tak berapa nak cantik. Haaa kenapa kenapa? U all semua mesti pernah nampak kan situasi macam tu. Betoi dak? U all semua tipu la kalo tak pernah terpikir camtu. Kan kan?
Ape? Tak pernah? GILEEWWW SUCI U all ni. Bluekkk

Aku tanya ni pasal tadi aku ada dapat mesej from someone yang tanya aku pasal benda ni. Ingat aku rajen ke nak tanya pasal benda ni tiba-tiba. Kalau soalan teka-teki, aku rajen. Haha So,aku nak tanye korang ni. Kalau korang, apa yang korang jawab ey?

Mesti ada yang cakap "ala, da jodoh dorang nak buat macam mana...". Tapi kita rakyat Malaysia macam biasa laa, tak kan mudah jump into conclusion like that, mesti ada tanggapan negatif beserta perasaan iri hati dan semangat ingin tahu yang tinggi terhadap situasi macam tu kan.

" Eh, ko tengok couple tu, awek dia punya la cantek, tip top beb, tapi ko tengok balak dia, dah macam kayu balak pun ada, punya la selekeh macam mat rempit. Ayat apa ey yg dia pakai kat awek tu? "
  Contoh.

Aku bagi situasi pulak.
Korang terperasan sorang awek ni, cantek giler, korang pun usha punya usha lepas tu tiba-tiba datang sorang laki yang badan bagak giler, cam tukang tarik kereta tegur perempuan tu lepas tu terus jalan berpimpin tangan ala-ala pasangan romantik. Mesti terdetik dalam kepala otak korang. Eh, tu bf dia ke? Awat boleh jadi lagu tu? I dont believe it~~~

                                           
Haaa, mesti korang pernah mengalami situasi dan contoh iras-iras macam kat atas kan? So, bagi aku la, mungkin perempuan cantik atau lelaki kacak ni have a bad taste kot. Citarasa teruk. Haha Takdelah, mungkin sekarang orang pandang duit dan harta benda je kot, so benda laen campak tepi. Materialistic girls. But,how about kaum lelaki pulak? Mungkin dia taknah gf dia cantik sangat nanti selalu kene usha dan ngorat so dia cari yang sederhana je. Dia takpe kacak sebab nanti boleh pasang dua tiga dan penuhkan kuota. Haha


 Serius aku jeles dengan Seal ni. Arghhhhh


Aku pun tak tau sebenarnya kenapa macam tu. Dah lumrah dan fitrah manusia kot macam tu, tak ade yang perfect.*malas nak serabut pikir pasal ni. Haha

Tapi, aku percaya dan berpegang pada prinsip ni. " Wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan sebaliknya". 

Peace U all :)