Pages

30.4.11

Berfoya-foya, Jiwa kelajuan Fast & Furious

Assalamualaikum semua...

Haaaa, ni ceq nak habaq yang ceq dah abeh exam nih. Alangkah gumbira nya rasa hati ini. Bagaikan anak-anak kecil berlari keriangan di taman permainan. Haa, macam tu la gambaran betapa aku ni betoi2 happy habaq hang! 

Tak sangka naa, kejap betoi abeh dah sem 4 nih. Time mula-mula dulu selalu merungut awat la lambat sangat nah abeh sem nih, ni bila dah abes sebok nak kecoh kejap pulak masa berlalu. Tula dia, tabiat!

Bila dah abes so macam biasa, aku pun berpoco-poco   berpoya-poya la. Hari ini dan semalam,amboih macam tajuk lagu dah. haha hari ni dgn semalam aku pergi bersuka-ria dengan classmate aku. Kitorang pergi clubbing,menari sambil ketawa riang. Haha takdelah, kitorang pergi main bowling, makan-makan then tengok wayang. Gila apa nak pergi clubbing. Mau kena membebel dengan mak aku 3 hari 2 malam. huhu

Kitorang tengok cerita Fast Five tuuuu!! Best gila! Even aku ni bukan la minat sangat pasal kereta-kereta ni mahupun penonton setia cerita fast furious ni apatah lagi seorang gamer Need For Speed, tapi im feel very excited bila tengok cerita ni. Giler dahsyat oo tengok kereta-kereta yang super awesome dalam cerita tu. Lepas tu accident relax je biar hancur berkecai semua. Ada orang kat dalam wayang tu siap menjerit macam kereta dia pulak yang kena langgar. Stress kot tengok kereta smart2 hancur macam tu je.HAHA Lepas tu pulak pelakon semua super cool, The Rock ade kot,memang terbaek laa!! Seriously, its an awesome movie. Berbaloi-baloi korang bayar duit tiket wayang tu.



Habis tengok wayang, macam biasa semua dok berangan nak drive macam dorang ni. Bukan dorang, aku sekali. haha Balik tu aku terus pecut 140 km/h,kereta kancil je pun,berlumba-lumba dengan member aku. Hebat tak? Macam fast & furious tak?? ngeh ngeh Tipu je...haha

"Kalau la aku dapat kereta macam dalam citer tu mesti best kan?" Mesti korang pernah bermonolog dalaman macam tu kan. kan kan :P

**************

Cuti 4 bulan ni nak buat ape ey?? lama tuu...takkan goyang kaki garu perut je.Dan tak kan nak majukan bandar kat Cityville je kot. SO kerja la. Emmm balik ni aku nak cari kerja yang halal. Thats my first plan.  Yelah, nak kahwin kan, kena la cari kerja kumpul duit. Haha Aku nak cari kerja CEO bank ke. Ok jugak kan?? :)

Lepas tu nak tengok bola dan layan astro ceria puas-puas!! YEAHHH

Ok la,selamat bercuti semua!! ^^



20.4.11

Exam

assalamualaikum... tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. geram tak??

Okay, sekarang ni dah in the middle of STUDY week. Pejam celik pejam celik kejap je dah nak habis sem 4 ni. Rasa macam tak habis berseronok lagi untuk sem ni tup tup dah nak final. Kejap benor masa berlalu. Sigh~



Macam biasa. Study week aku sama dengan steady week. Steady,relax,cool macam takde pape berlaku. Santai goyang kaki tengok movie,tido suka hati macam cuti. 

"Ko dah start study?"
"Ko dah study sampai mane?"
"Ko dah habis study?"
-----> soalan tipikal yang biasa aku dengar time2 nak exam nih.



Situasi yang biasa aku tengok pulak bila nak exam nih, ada daripada seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam. Murung. Suka berseorangan. Cakap pun sorang-sorang. Ada yang cakap dengan semut pun ada. Dahsyat tak?  Makan takde selera, mandi tak basah, tido tak lena, macam orang tengah angau dah aku tengok.

Lepas tu pulak ada yang emosi terlebih, sensitif bukan kemain. Tegur sikit terus kena sound " weh, aku nak study laaa, jangan kacau boleh tak?!!" sambil campak buku setebal kamus oxford ke muka orang yang tegur tu.
Dahsyat kan?? haha

Itulah dia. Macam-macam perangai keluar bila nak exam nih. Time-time macam ni lah ramai pakwe makwe yang suka bergaduh tanpa sebab, clash lepas tu tekanan tak boleh nak study. Exam kantoi salahkan pakwe or makwe masing-masing. Bagus kan perangai??

Korang pun mesti pernah alami situasi macam kat atas ni kan. Dan banyak lagi sebenarnya situasi-situasi aneh yang kita boleh tengoh time nak exam nih tapi aku  malas la nak story panjang2. Kang subuh pun tak habis lagi cerita. Aku pulak bila study week ni malas makin menjadi-jadi. So, cukuplah cerita pasal exam ni. Aku malas nak taip sebenarnya. Ahhh malasnyeee laaa..haha

Selamat malam cik beruang teddy saya :)


Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu?
 FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."




12.4.11

2 pALAM

Assalamulaikum semua...

Siapa kat sini yang dah tengok cerita 2 Alam Dr. Rozmey sila angkat tangan macam saya~~

Arghhhhhhh!!!!!!!!!!
Geram giler babeng siot tengok filem tu. Rasa nak baling 2 pAlam pencucuh je kat kepala Dr. Rozmey tu. Seriously, bagi aku, filem ni adalah filem paling teruk, worst film ever dan hancuss yang pernah aku tengok.

Patutlah semua orang kutuk je filem ni. Disebabkan high curiosity from bottom of my heart sebab apa filem ni jadi bahan kutukan orang dan masyarakat maka aku pun suruh member aku download dan tengok secara berjemaah. Starting pun dah geram dah. Takpe, disebabkan kitorang ni pengkritik filem tegar so kena lah jugak habiskan tengok cerita ni. Serius kitorang tak skip langsung even ada yang suruh forward and skip sebab tak tahan dengan adegan yang menguji kesabaran kami untuk menonton.

Tak pernah-pernah pulak tengok filem sampai hujung cerita sampai nama pengarah,penulis skrip dan yang terlibat behind the scene pun nak amek tau,selalunya nak cari pun nama pelakon je. Tapi, filem ni telah berjaya membuatkan kitorang tunggu sampai habis dan tengok nama satu-satu yang terlibat di sebalik tabir filem 2 Alam ni. Semua macam tak pernah dengar, yang aku tau tu laaa.. si Dr Rozmey tu, mana-mana ade je nama dia. DDR

And the worst thing, target punya la tinggi. 40 Juta. Pecah panggung konon, pecah punggung ada la.Yang tengok kat wayang mesti menyesal,sure! Masuk wayang tengok cerita ni tak sampai half mesti ada yang dah keluar. Tekanan.
Yang boleh dibanggakan pun sebab keluar seluruh pawagam kat Malaysia ni, rekod kot, 8++ pawagam kat Malaysia ni semua tayang cerita dia. Memang power!! -.-

So, pada sesiapa yang belom tengok cerita ni silalah tengok ye. Alamilah sendiri perasaan 'unik' apabila menonton filem ni. Anda dilarang memegang benda-benda berat takot terbaling di screen laptop atau tv anda. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi jugak dinasihati supaya tidak menonton cerita ini tanpa pengawasan penjaga anda.


                                            
                                              Rating : 2 pAlam pencucuh aku bagi kat cerita ni


11.4.11

Busy

assalamualaikum semua...

amboih,dah lama jugak aku tak menaip kat blog aku nih. Rasa rindu dan rasa...sayang-sayang hey pun ada kat blog aku ni. Sory laa, been busy la awak. Busy dengan aktiviti-aktiviti tak bermoral. Biase lah, budak U kan * tangan kat bahu mata pandang ke atas

Emmm kalau selalu update blog rasa macam takde life pulak kan. Nampak sangat banyak masa terluang, tak tau buat apa, mengadap laptop mengarang cerita. Ye dak??

So orang yang ada life ni selalu busy, buat-buat busy pun ada. Macam aku ni la. Busy je memanjang. Haha poyo. Takde la, aku cuma rasa sebok sikit dua tiga menjak ni. Tiap minggu ade futsal, minggu lepas baru ada masa nak balik umah. Dapat gak lepas rindu kat rumah dan family.
Weekend baru-baru ni (kelmarin) pulak aku pegi panjat gunung. Well, budak yang sukakan aktiviti lasak dan extreme macam aku ni mesti la join kan. Nama gunung tu Gunung Arong kat Mersing. Takde lah jauh mana dari UMP ni. Masuk bas tido sepanjang perjalanan memang la tak rasa lama kan. -.-

Tapi kan, name je trekking, ingat macam adventure la sangat, paling koman pun aku pikir macam Man vs Wild ke, tapi.....macam vacation or family day kat hutan je. Haha Pegi sana makan tido yang banyak. Kemudahan pulak semua ada kat sana, memang relax abes la. Aktiviti yang menepati piawaian trekking tu just panjat gunung tu jela. Tu pun kejap je, tak penat dan berpeluh sangat pun, penat bergambar je. Yang bestnya kat sana bab makan la. Dah macam mangsa banjir yang dapat bantuan makanan dah kitorang ni. Nak makan masak je, agak-agak lapar masak la megi, sardin, buat sandwich ke. Group aku lak rembat roti dengan kaya makan dalam khemah. Memang heaven. Haha Bila teringat balik memang nak tergelak je. Yelah, trekking macam gini gaya nye kan.

Kat hutan tu rasa tenang je, dapat la jugak restkan otak ni kejap daripada tekanan sebab test dan assignment presentation semua. Balik U balik, haaa tau lah, beratur asignment-assignment tu tunggu ajak date. Makin nak abes sem makin banyak pulak kerja. Rasa cam nak duduk kat hutan tu balik, stay seminggu dua ke. Sigh~

Tapi kan, kalau takde keje semua tu, selalu pulak update blog kan, so macam takde life la pulak. haha So bagi aku, bagus jugak busy or buat2 busy ni sebenarnya, sebok dengan aktiviti U or sebok dengan kerja-kerja, so takdelah bosan sangat hidup sebagai seorang student ni. Asyik mengadap FB or game pun bosan jugak kan. Nanti kalau anak-anak tanya, "papa papa, dulu papa kat U macam mana,buat apa?". Takkan nak jawab " Papa dulu kat U maen game, bersosial, tu je". " Tu je, tak bestnye papa, takde life". Terdiam kaw!! haaa Dan takkan korang nak diam je kot, cuba ingat balik memori yang cambest masa kat U kan. Try recall balik memori tapi hampeh, takde satu pun. T.T

So, busy-busy kan lah diri. Haha
 emmm cukup la kot saya merepek pagi-pagi ni kat awak. Mengantuk dah. 
Zzzzzzzz


p/s : minggu ni ada futsal, lepas tu start la study week. Yes!! haha