Pages

11.4.11

Busy

assalamualaikum semua...

amboih,dah lama jugak aku tak menaip kat blog aku nih. Rasa rindu dan rasa...sayang-sayang hey pun ada kat blog aku ni. Sory laa, been busy la awak. Busy dengan aktiviti-aktiviti tak bermoral. Biase lah, budak U kan * tangan kat bahu mata pandang ke atas

Emmm kalau selalu update blog rasa macam takde life pulak kan. Nampak sangat banyak masa terluang, tak tau buat apa, mengadap laptop mengarang cerita. Ye dak??

So orang yang ada life ni selalu busy, buat-buat busy pun ada. Macam aku ni la. Busy je memanjang. Haha poyo. Takde la, aku cuma rasa sebok sikit dua tiga menjak ni. Tiap minggu ade futsal, minggu lepas baru ada masa nak balik umah. Dapat gak lepas rindu kat rumah dan family.
Weekend baru-baru ni (kelmarin) pulak aku pegi panjat gunung. Well, budak yang sukakan aktiviti lasak dan extreme macam aku ni mesti la join kan. Nama gunung tu Gunung Arong kat Mersing. Takde lah jauh mana dari UMP ni. Masuk bas tido sepanjang perjalanan memang la tak rasa lama kan. -.-

Tapi kan, name je trekking, ingat macam adventure la sangat, paling koman pun aku pikir macam Man vs Wild ke, tapi.....macam vacation or family day kat hutan je. Haha Pegi sana makan tido yang banyak. Kemudahan pulak semua ada kat sana, memang relax abes la. Aktiviti yang menepati piawaian trekking tu just panjat gunung tu jela. Tu pun kejap je, tak penat dan berpeluh sangat pun, penat bergambar je. Yang bestnya kat sana bab makan la. Dah macam mangsa banjir yang dapat bantuan makanan dah kitorang ni. Nak makan masak je, agak-agak lapar masak la megi, sardin, buat sandwich ke. Group aku lak rembat roti dengan kaya makan dalam khemah. Memang heaven. Haha Bila teringat balik memang nak tergelak je. Yelah, trekking macam gini gaya nye kan.

Kat hutan tu rasa tenang je, dapat la jugak restkan otak ni kejap daripada tekanan sebab test dan assignment presentation semua. Balik U balik, haaa tau lah, beratur asignment-assignment tu tunggu ajak date. Makin nak abes sem makin banyak pulak kerja. Rasa cam nak duduk kat hutan tu balik, stay seminggu dua ke. Sigh~

Tapi kan, kalau takde keje semua tu, selalu pulak update blog kan, so macam takde life la pulak. haha So bagi aku, bagus jugak busy or buat2 busy ni sebenarnya, sebok dengan aktiviti U or sebok dengan kerja-kerja, so takdelah bosan sangat hidup sebagai seorang student ni. Asyik mengadap FB or game pun bosan jugak kan. Nanti kalau anak-anak tanya, "papa papa, dulu papa kat U macam mana,buat apa?". Takkan nak jawab " Papa dulu kat U maen game, bersosial, tu je". " Tu je, tak bestnye papa, takde life". Terdiam kaw!! haaa Dan takkan korang nak diam je kot, cuba ingat balik memori yang cambest masa kat U kan. Try recall balik memori tapi hampeh, takde satu pun. T.T

So, busy-busy kan lah diri. Haha
 emmm cukup la kot saya merepek pagi-pagi ni kat awak. Mengantuk dah. 
Zzzzzzzz


p/s : minggu ni ada futsal, lepas tu start la study week. Yes!! haha  


No comments:

Post a Comment