Pages

12.4.11

2 pALAM

Assalamulaikum semua...

Siapa kat sini yang dah tengok cerita 2 Alam Dr. Rozmey sila angkat tangan macam saya~~

Arghhhhhhh!!!!!!!!!!
Geram giler babeng siot tengok filem tu. Rasa nak baling 2 pAlam pencucuh je kat kepala Dr. Rozmey tu. Seriously, bagi aku, filem ni adalah filem paling teruk, worst film ever dan hancuss yang pernah aku tengok.

Patutlah semua orang kutuk je filem ni. Disebabkan high curiosity from bottom of my heart sebab apa filem ni jadi bahan kutukan orang dan masyarakat maka aku pun suruh member aku download dan tengok secara berjemaah. Starting pun dah geram dah. Takpe, disebabkan kitorang ni pengkritik filem tegar so kena lah jugak habiskan tengok cerita ni. Serius kitorang tak skip langsung even ada yang suruh forward and skip sebab tak tahan dengan adegan yang menguji kesabaran kami untuk menonton.

Tak pernah-pernah pulak tengok filem sampai hujung cerita sampai nama pengarah,penulis skrip dan yang terlibat behind the scene pun nak amek tau,selalunya nak cari pun nama pelakon je. Tapi, filem ni telah berjaya membuatkan kitorang tunggu sampai habis dan tengok nama satu-satu yang terlibat di sebalik tabir filem 2 Alam ni. Semua macam tak pernah dengar, yang aku tau tu laaa.. si Dr Rozmey tu, mana-mana ade je nama dia. DDR

And the worst thing, target punya la tinggi. 40 Juta. Pecah panggung konon, pecah punggung ada la.Yang tengok kat wayang mesti menyesal,sure! Masuk wayang tengok cerita ni tak sampai half mesti ada yang dah keluar. Tekanan.
Yang boleh dibanggakan pun sebab keluar seluruh pawagam kat Malaysia ni, rekod kot, 8++ pawagam kat Malaysia ni semua tayang cerita dia. Memang power!! -.-

So, pada sesiapa yang belom tengok cerita ni silalah tengok ye. Alamilah sendiri perasaan 'unik' apabila menonton filem ni. Anda dilarang memegang benda-benda berat takot terbaling di screen laptop atau tv anda. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi jugak dinasihati supaya tidak menonton cerita ini tanpa pengawasan penjaga anda.


                                            
                                              Rating : 2 pAlam pencucuh aku bagi kat cerita ni


No comments:

Post a Comment