Pages

27.1.11

"It takes no time to fall in love but it takes you years to know what love is"

Life is Wonderful - Jason Mraz


Setiap manusia pernah jatuh cinta kan. Its normal, alaaa, ngaku jela awak pernah jatuh cinta. Haaah, apa dia? Awk jatuh cinta kat kucing jiran?? Hoi, we are talking bout love between people laa, not jatuh cinta kat binatang, haiwan or benda bagai. Haiyaaaa, potong stim btol laaaa.

Ok, back to the  future topic, paham tak sepotong ayat kat atas tu? Kalau tak paham google translate ade.Hmmm Bagi aku, memang senang nak jatuh cinta ni, hanya beberapa saat je kite terpandang seorang gadis yang cantik atau lelaki yang kacak dengan pantas kita akan ter-fall in love. Betol dak?? Sebab tu la ada istilah jatuh cinta pandang pertama tu. Kenapa tak kedua? ketiga? Tak yah banyak tanye, dah memang pertama je nak buat macam mane. Tapi kan, setakat pandang je tapi tak kenal luar dalam baek tak payah kan.

Aku tengok sekarang ni senang betol nak bercinta couple ni. Baru 2 3 kali kuar lepak jumpe same, dah declare couple. Amat mudah laa. Tu yang ade kesempatan jumpe, ade pulak yang tak pernah jumpe, kenal pun kat FB or dapat mane tah no phone, chat punye chat, gayut punye gayut tibe-tibe dah couple! Aku tanye " Cantik awek ko kat FB ni. Dia orang mane?" Si polan jawab" Dia orang Borneo( Sabah or Sarawak)" Aku tanye lagi " Wahhh, jauh awek ko, mane ko jumpe?" Dia jawab" Aku kenal kat FB je, tak pernah jumpe pun". Relax je dia jawab. Dalam hati aku, bertuah btol korang kan, juz kenal kat FB, tak tau btol ke tidak rupe dalam pic tu, dengar suara je pun tiap2 hari gayut tapi declare couple. Aku bukan ape, takot je ko layan punye layan tapi rupe-rupenye just indah khabar dari rupa je. Nanti jangan menyesal rase diri tertipu sudah laa.Hmmmm

Aku rase kan ayat " it takes you years to know what love is" tu means that nak tau apa cinta itu sebenarnya atau nak tau yang kita betol2 love kat seseorang tu bukan juz amek masa yang singkat je. Kita kena tau luar dalam orang tu, slow-slow kayuh or take your time la bak kata omputih. Jangan desperate sangat nak bercouple, baru kenal je terus nak bercinta berkongsi kasih sayang semuanya lah. Kadang-kadang tak dinafikan yg kite suke orang tu sebab dia cantik la, baek, kelakar, kacak bergaya, macho, cool tapi kalau setakat luaran je apa yang kite nampak tu bukan cinta namanye. Tu yang couple baru bape bulan dah clash, breakup, then terus cari orang laen pulak. Adoi, senangnye kan?

                                       **********************************

Waaa, sempat jugak aku mengarang sementara tunggu baju aku siap di basuh oleh cik washing machine tu. Aku rase dah siap basuh dah, tinggal nak jemur je, tapi hujan lebat la pulak kat luar. Fuhhhhh, sejuk sejuk!! Tido best ni! Emmm jemur esok pagi jela. Zzzzzz

p/s ini apa yang aku rasa. Laen orang laen rasa. Tapi janganlah terasa, ini hanya aku punya rasa. HAHA*mamai

24.1.11

aktiviti hari minggu- BERKELAH

Semalam merupakan hari aku dgn classmate aku berlibur, beronok-ronok dan bermandi-manda di Hutan Lipur Berkelah. Dah bosan agaknya asyik mandi hujan shower kat kolej makanya kami pun pergi ke Berkelah mandi air sungai semula jadi yang sejuk dan jernih. Kitorang convoi 6 motor dengan aku for the first time ever bawak motor jauh-jauh. Dah la takde lesen. GILER rempit gua!
















Haaa, tula aktiviti last kitorang pada hari tu, makan nasi lemak beramai-ramai. 11 pinggan nasi lemak, 11 biji telor mata kobau, 11 keping timun dan 60+- biji kacang. Banyak giler makan. Haha Apa-apa pun aktiviti macam ni sangatlah seronok. Duet pun tak banyak kuar, mandi air free jee, just penat sikit jelaa sbb panjat bukit tu, tapi berbaloi laa kan. Biaselaaa, bile ramai-ramai, buat ape pun jadi seronok. Kan kan? :)


p/s Lepas ni kitorang plan nak g pulak lak. Mesti best!



21.1.11

khurafat beramai-ramai

assalamualaikum

Malam tadi aku dengan classmate ku telah menjalankan aktiviti 'khurafat' kitorang. Bukan mengankung mintak nombor ekor tapi adalah menonton wayang cerita KHURAFAT sambil duduk bercangkung.



Cerita cuak-terkejut-suspen-seram ni sangatlah terbaik. Cerita ni memang betul-betul menepati piawaian filem seram la kalau nak di-compare-kan dgn cerita Damping Malam,amat mengecewakan bagi aku. Dia punya cuak sampai kitorang tak senang duduk, saling berpelukan, jantung berdegup kencang seperti orang berlari pecut 100 meter, dan bulu-bulu roma yg kejap naik kejap turun. Memang hormon adrenalin tak menentu la time tu. Fuhhhh Tapi bukan aku la, aku cool je. Haha Tapi apa-apa pun, cerita ni memang best, rugi oooo tak tengok!!

Well done Syamsul Yusoff! Lepas ni aku konfem tengok filem-filem kau lagi....

p/s aku nak like la filem ni kat Facebook. HAHA

19.1.11

mari berseloka!!

assalamualaikum

Tengah-tengah malam buta ni sebelum anda semua membuta izinkan saya untuk berseloka.Tau tak seloka tu ape? Aku tak tau. Aku rase seloka tu macam....macam sajak la kot, tapi berbentuk bebas. Paham? Tak paham pun buat2 paham jela ye. Seloka ni tajuk dia Seloka Cinta Remaja.


Apa nak jadi dengan manusia,

semua benda nak kongsi bersama,

air segelas minum berdua,

konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,

berjalan kemana-mana pun nak berdua,

dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,

macam belangkas sentiasa berdua.                                 

Inilah bahana orang bercinta,

bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.

Inilah sekarang punya remaja,

maaf andai terkasar bahasa,

bukan mengutuk bukan mengata,

semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?

Kalau buta dimana matanya?

Ada yang kata cinta itu gila...

macam-macam pengertian remaja,

pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,

untuk buat suka-suka,

untuk seronok-seronok saja.

Ada yang kata cinta itu,

C  - cinta

I  - itu

N - nikmati

T - tubuh

A - anda

tak ke melampau namanya?!

Manusia manusia...

Muda-muda dah gatal nak bercinta,

konon dah cukup remaja,

tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,

dah tak tau nak cakap apa,

kalau ditegur bukannya nak dengar kata,

bila nasihat ada-ada saja jawapannya..

darah muda... macam tu la gayanya...

Mula-mula kenal sms dan chat saja,

bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa

dari berkawan jadi bercinta.

Bila dah bercinta...

Bila dah bercinta macam2 ragamnya,

sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,

itulah kata-kata manis si dia.

Bila berjumpa nak berdua aja,

konon nak privasi katanya,

dia tak tau ada orang ketiga,

yelah benda tak nampak di mata.

Mula-mula bercinta semua cantik di mata,

yang panas pun sejuk katanya.

Manusia manusia...

Inilah permainan dunia...

benar kata orang cinta itu buta,

tapi kalau buta dimana matanya...

Inilah yang buat aku tertanya-tanya.

Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,

cinta takkan dapat kalau tak diberi...

Betul ke?

Sukar untuk aku percaya...

Tapi inilah hakikatnya.

Mind is the greatest gift,

gunakan lah sebaiknya.

Cintailah Yang Maha Mencintai...


* Seloka ni aku jumpe kat iluvislam.com. Sekali bace je terus aku tertarik dgn ayat-ayat dia, terus aku copy paste kat notepad, sebab  bagi aku inilah realiti sekarang. Try tanye kawan-kawan korang pasal cinta, mesti ada jawapan macam kat atas ni. Suka-suka la, nak seronok-seronok jela, paling teruk sebab nak 'ringan-ringan'. Tu yang sampai jadi adegan comolot di khalayak ramai kat depan PAVI tu ( tak silap aku laa). Tu yang kite nampak or tengok, yang kite tak nampak dengan mata kita wallahualam la kan. Jadi, itulah, sama2 lah kita pikir ye..... ^^

Tapi aku respect sangat kat mereka yang betol2 serius 'bercinta' :)

16.1.11

aku tak puas hati! aku tak puas hati!

Ahhhh,aku tak tau nk start citer macam mane. Aku tak reti la nak buat intro. Senang citer gini laa, aku agak kurang selesa bila naek bas dari KL ke Kuantan petang tadi. Before ni slalu ok je, tak de hal sangat, seronok je bile naek bas balik ke kampung halaman, nak menjenguk kedua ibu bapa setelah lama berada di perantauan. Tapi petang tadi tibe2 aku rase kurang senang btol dengan bas feveret aku 'Plusliner' tu. Bukan aku tak puas hati dengan bas sebenarnye, tapi dengan penumpang2 yg menumpang kat dlm bas tu. Adoii.

Macam biase, bile bas sampai aku pun naek la bas. Aku duduk kat seat aku diam2. Seat sebelah aku kosong. Aku harap org yang bakal duduk kat sebelah aku ni adalah seorang awek yg berbaju kurung macam Ana Raffali. Tak de la cam beliau sangat tapi aku harap biarlah sorang perempuan. Then, aku nampak seorang awek yg berjaya menarik perhatian aku masuk sambil melihat tiket mencari seat. Wah, dia da makin dekat dgn aku, aku dapat rasekan yg dia akan duduk atau nak duduk kat sebelah aku sebenarnye -perasan! Tapi ternyata yg aku memang perasan, dia bukan duduk kat sebelah aku tapi duduk kat seat sebelah yg laen. Dpt imagine tak??

Aku pandang dia, dia pandang aku lepas tu aku buat2 pandang kat luar tingkap. MALU! Lepas tu aku curi2 pandang balik. HAHA Tiba2 ade makhluk blocking aku nye nice view tu. Siot je!! Lepas tu dia slamber je duduk kat sebelah aku. Owh, memang la, dah seat dia sebelah aku mmg la slamber je dia duduk kan. Hmmm
Yang duduk kat sebelah aku ni berjantina lelaki, agak violent muka dia. Then, bas pun gerak, macam biasa aku msg ayah aku kate bas dah gerak.

Bila dah lepas je tol Gombak, aku ingt nak tido la kan. Nak bagi ngantok aku tgk la line putih tepi jalan or highway tu smpai rase nak tertido. Bila aku da rase ngantok n menguap aku pun cuba la nak tido. Tiba2 ade pulak amoi dua org kat belakang aku ni bercerita bukan maen kuat lagi. Sembang macam nak marah, padahal sembang dua org je, ni smpai nak bagi semua orang dengar. Lepas tu orang sume dah pandang2 pun tak paham2 lagi. Adeyhh. Aku pun keluarkan earphone aku dgr lagu kuat2. Lepas tu sambung tido balik dengan dahi berkerut sebab pasang lagu kuat sangat. Huhu

Baru je aku tido tak sampai 10 minit rasenye, tiba2 aku terasa bahu aku berat. Aku bukak je mata tengok sebelah rupe2nye mamat tu baek je lentok kat bahu aku. Hoi brader, lu ingat gua punye bahu lu punye bantal ka?- aku sound dalam hati. Lepas tu dia tersedar, aku pun bagi renungan tajam yg membunuh kat dia. Aku ingat dia paham la kan, then dia kuarkan sweater dia dari beg lepas tu slamber je letak kat bahu aku sambil tepuk2 macam bantal. Pastu dia cakap " Best la tido kat bahu awk..selesa!". Sungguh cantek kan perangai beliau. Takpe, aku ni penyabar orangye, aku halalkan jela bahu aku ni jadi tempat sandar beliau. Tapi yang paling best, beliau ni tido berdengkur satu bas boleh dengar. Dah la tido kat bahu aku lepas tu berdengkur hebat pulak, boleh tak korang bayangkan perasaan aku time tu?? Tu ok lagi, yg paling tak ok bila semua di sekeliling pandang aku. Lepas tu, kantoi pulak yang mamat tu lentok baek kat bahu aku ala2 pasangan kekasih di dalam bas. Semua orang pandang, aku mampu senyum jela, sambil buat muke innocent. Awek td tu pandang aku pelik je. Mesti dia ingat aku ni gay, OH TIDAK! T.T

Aku pun redha je laa, sambung tido balik dgn kepala tegak je tak bergerak. 20 minit lepas tu aku rase beban yg dipikul di bahu tadi dah takde. Ahhhh, aku lega!! Mamat tu dah tak tido kat bahu aku. Aku tgk dia tengah jawab call. Baguslah, jangan kacau hidup aku lagi! Aku perasan dia jwb call tu lama, aku pun slow kan la volume nak curi2 dgr ape yg dibualkan mamat tu. Aku dengar dia cakap "Bucuk bucuk, jgn la rindu baby kat sini, nanti cuti baby jumpe la bucuk balik,kite dating kat taman KLCC ye!" Bluekkk, tiba2 je aku rase mual. Dia gayut dgn awek die rupenye. Adeyhhh, aku pun dgn pantas kuatkan la balik volume sbb tak tahan nk dgr ke-sweet-an dorang. Tet tet!- bateri low. Terima kasih byk2 la fon ku, time2 camni la ko nak low bateri kan. Hmmmm terpaksa la aku tadah telinga dgr dorang sweet2. T.T Dah la amoi kat belakang aku ni tak abes2 lagi citer dia. Rase nak jentik2 je cuping telinga dorang smpai merah. Ahh, lantak korang la, aku nak tido!

Uwek uwek! Sape pulak la buang bayi dalam bas ni? Tadi takde. Owh, anak makcik kat depan tu rupenye, tadi baby tu tido kot. Tapi kan, kalau nanges kejap je boleh terima lagi, ni lame pulak. Aduyai. Makcik, tolong la bagi dia nenen ke ape supaya dia diam. Haaa, nasib baek la makcik tu boleh baca minda aku, lepas tu dia pun nenenkan anak dia. Yang tak boleh blah, makcik tu siap dodoikan anak dia kuat2 lagi macam kat umah. Lagu Enjit-enjit Semut lak tu, byk2 lagu, lagu tu jugak yg jadi pilihan ey. Tringat aku citer Hantu Kak Limah bile nyanyi lagu tu. HAHA Tapi yang aku hairan nye, baby tu boleh lak layan n tido nyenyak lak tu. Tapi tak kesah la, asalkan budak tu diam. Aku tgk sekeliling yg laen pun da diam, tersentuh dgr lagu Enjit-enjit Semut tu kot, skali amoi2 kat blakang aku pun diam. Bagus! Boleh la aku sambung tido aku yang terbantut tadi tu.

Baru je nak tido, aku rase bas tiba2 slow. Aku tgk kat luar dah sampai tol Gambang rupenye. Hah, dah nak smpai UMP??? Terima kaseh sekali lagi, aku sambung tido kat bilik jela. Memang sume orang dengki tak bagi aku tido dalam bas tu kan. Nasib baek la dari KL ke Kuantan, kalau KL- Kelantan ke, mau jadi macam mata panda aku nye mata ni. Serius aku tak puas hati ape yg jadi kat aku hari ni!! Sudahlaa, baek aku tido kat bilik je. Boleh peluk bantal besar oren aku tu, lagi selesa! Kroh kroh



p/s : cerita ni ada fakta ada auta. lu pikir la sendiri mana btol mane auta! ^^

8.1.11

Cerita terbaek dari ladang!!!

Perghhhhh, tgh taip ni pun still terbayang-bayang kat kepala otak darah terpancut-pancut dalam cerita yg aku tgk tadi. Memang ngeri dan brutal abes la dorang gado2 n kill2. Sebab tu da pagi2 rabun ni aku tak tido lagi, perasaan excited tgk cerita tu tak hilang lagi-poyo.

Haaaa, ni laa citer yg buat aku giler sawan jap tgk aksi kill2 die2 tanpa belas kasihan - muke selamber je tikam tembak cubit orang, siap belagak cool lagi. Tapi serius *abes serius da muke ni* ,cerita ni mmg terbaek dari ladang habaq hang!


The Man From Nowhere or Ajusshi dalam bahasa Korea. Action-thriller movie dgn aksi2 yg superb, jalan cerita yg mantop, hero dia - Won Bin, yang super cool! dan ending yang tak mengecewakan. No wonder la filem ni boleh released sampai US dan jadi #1 box office kat Korea. Berjuta-juta lemon kot tgk filem ni, kalah target filem Dr Rozmey yg 40 juta tu. Haha. Dan aku gerenti Michael Bay n Peter Jackson rase tergugat sampai gugur kumis janggut bagai bile tgk hasil citer ni.

Bila abes je aku tgk citer ni, rase kagum aku memuncak-muncak terhadap industri filem sane. Boleh kata dah setaraf n same level dgn filem2 Hollywood. Dan jugak fight scene dia sama hebat dgn citer Ong Bak bile scene atau acara sorang dibelasah beramai-ramai dan darah pancut sana sini serta adegan kene tembak bertubi-tubi sampai tak sempat mengucap. Memang real la wa cakap lu!


Thanx kepada housemate ku yg promote citer ni. Cerita ni tahun lepas punye. Kalau bukan sebab dia mesti aku tak tau, yelaaa, kat Malaysia mane masuk citer ni, pelik dan hairan aku citer macam ni tak masuk Malaysia. Cerita hantu yg tak berapa nak seram n sexy je lebey dari Indon tu selalu lak masuk panggung. Sangatlah rugi!! -.-"


Tapi kan, terpikir jugak, bile la Malaysia boleh hasilkan citer2 action-thriller mcm ni. Dapat buat citer mcm Merantau Warrior pun aku da respect gler dah. Kalau macam citer Ong Bak tu da macam gempak sangat pulak. So,aku harap ade laa nanti citer macam tu kat Malaysia ni. Bile dah ade citer macam tu, serius aku pegi tengok kat panggung, 2 3 kali pun tak kesah, dan aku tak kan tunggu dah citer2 melayu kuar time raya kat tv or download free je. ^.^



p/s : kecewa tak dapat beli kasut futsal idaman hati. Dapat penat je pusing Kuantan tadi -____-





4.1.11

mari berjoget lagu joget comel lote

comel lote comel lote comel lote gadis terengganu
comel lote gadis-gadis terengganu la kite
berbaju kurung sopan santun jugalah dijaga
bla bla bla.... * tak sempat nak hafal lirik

Nilah soundtrack yg bermain berulang kali time aku tgh berblog ni. Tajuk dia Joget Come Lote nyanyian abg Saling (Saleem) kite. Tiada kaitan dgn gadis Terengganu yg aku kenal secara sedar atau tidak-yeke takde kaitan?. Tapi kan kalau dihayati balik setiap bait-bait lirik dia, ade betol jugak ape yg lirik lagu ni cakap. Comel lote dan ayu-ayu gadis-gadis Terengganu kite ni sebenarnye- mostly la, setelah some observations di buat. ^.^

Sebagai contoh si gadis idaman aku di bawah ni haa.



Tengok!!! comel lote kan beliau? aku malas nak mention nama beliau ni, sebab konfem2 korang kenal kan. Tu haa, dah terang lagi bersuluh nama dia terang tang-tang kat pic tersebut.
Apa? Tak cukup comel lagi??Nah,amek kau!

                                               eh,buat muka comel lak die..mata tu x boleh bulat lagi ke??

                                                tolong la..tolong la jangan usha saya macam tu..plizzz

Eeeeuuww,comelnye, berderau darah saya tgk dia ni, siapa tak jatuh cinta kan kalau tengok gadis comel macam ni?? Spesies-spesies maknyah pun rasa terancam dan jeles taw!! Comel lote, berbaju kurung sopan santun dan paling penting yang aku nak habaq mai kat sini dia ni orang Terengganu kite. Lahir kat Kuala Terengganu tuuu, even dia ni bukan pure Ganu tapi dia adelaa bau-bau hancing bacang gak dengan Terengganu kan. See, kena sangat dengan lirik tu rite?
Ahh, aku dah start wondering kalau ade awek-awek Ganu yg aku kenal. Dan ternyata memang ada. Huahuahua*bangga ( padahal tu la motif kau buat entry ni kan..poodahh! )

Tulahh, ada memang ada, tapi mampu buat ape je? Tegur pun tak berapa nak berani, ada hati nak ngorat. Tapi kan perempuan suka laki yang berani. Baiklah, aku akan beranikan diri. Tapi... ala, takde tapi-tapi lambat-lambat kang melepas pulak. Takpe, jodoh di tangan Tuhan. Haa, macam tu kau tunggu jela jodoh turun dari langit! (padan muka kau) Tu yang kadang-kadang terjadi monolog dalaman " kan best kalau dia ni jadi suri hati ku....." *sape2 yg rase nk muntah bace ayat ni silalah segera ke toilet ye,aku mmg nak korang rase mual2 sikit ;] * lepas tu senyum sorang-sorang. ( Bukan aku, aku tak senyum sorang2) Haha



                                       *************************************

Cukup la aku merapu kat atas tadi. Ni semua sebab aku tak tau nak buat apa pagi2 buta ni, melayan mata yg masih tak mau ngantuk ni. Maybe sbb Radix suam-suam kuku yg aku minum tadi laaa. Haishh
Pagi ni bermulalah sesi persekolahan aku, kelas pukul 8 tapi kene gerak dari Gambang ni dengan menaiki bas yg 'kondunsif' pada pukul 6.30 pagi. Almaklumlah fakulti di Pekan, dekat kan?? So, start dari pagi ni maka bermulalah liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar yg cemerlang dan skema. Yela, pegi kelas sejam awal kan ciri-ciri pelajar cemerlang -__-

Okaylah readers sekalian (macam blogger Fatin Liyana tak??) Haha. Tido laa, kang tertinggal bas terponteng kelas la pulak kan. Tak baek tak baek. Selamat Malam! :) kroh krohhh

p/s first entry aku utk tahun 2011 ni.Gua bangga ni bro!! Lu tak bangga ke?? haha