Pages

18.8.11

kalau Kekasih ada di antara kita

assalamualaikum

Pernah tak kita terfikir "kalau Rasulullah s.a.w ada bersama kita sekarang ni,bagaimana?" rasa-rasa apakah reaksi kita dan apa yang kita nak cakap kat Baginda. Aku tak pernah pun terfikir pasal ni sebelum aku tengok satu video yang ayah aku recommend kat youtube. Sangat tersentuh lepas tengok video yang diambil dari sebuah rancangan tv arab tu :(



So,kali ni aku nak share pasal sebuah rancangan realiti yang sangat bagus untuk kita hayati dan sangat berbeza dgn rancangan realiti yang ada kat negara kita ni.

Rancangan Lau Kana Bainana Alhabib ( Kalau Kekasih ada di antara kita) adalah satu rancangan mengenai respon orang ramai terhadap sunnah baginda Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk menghidupkan kembali sunnah Baginda. Macam-macam situasi telah direka dan dicipta untuk melihat respon dan akhlak masyarakat Islam  zaman sekarang. Korang boleh tengok kat youtube n kat astro pun ade cerita ni. Channel Al-Hijrah (114) tiap hari pukul 5.30 pagi. Sambil-sambil sahur tu boleh la pasang tv tengok. Sementara tunggu masuk waktu solat subuh kan.

So, aku recommend kan rancangan ni untuk korang tengok sbb cerita ni mampu buat kita rindu dan lebih mencintai Rasulullah s.a.w. Menitis air mata tengok respon daripada Muslim/Muslimat yang begitu cintakan Baginda. Semoga kita juga dapat mengamalkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda. Amin

Kalaulah Baginda ada bersama dgn kita.....

16.8.11

ramadhan yg indah

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Quran 

Alhamdulillah,sekejap je dah masuk 17 ramadhan. Rupanya dah 17 hari berpuasa. Rasanya baru je start puasa aritu, pejam celik dah pertengahan ramadhan. Rasanya tak terlewat lagi nak wish Selamat Berpuasa kepada anda semua. Even sekarang rasa macam dah dekat sangat nak raya kan, yelaa, kat corong-corong radio,channel tv semua dah dok pakat pasang lagu raya,tayang video raya,rancangan memasak kuih raya,cover-cover majalah pun penuh dengan muka artis tayang baju raya mereka. Mood raya awal-awal lagi dihidang sebagai santapan kita, semua dah dok pikir pasal baju raya,kuih raya,perabot raya,langsir raya dan duit raya. Sampai kita lupa keberkatan Ramadhan itu sendiri. -.-

Dulu biasa kan kita dengar atok-atok or mak ayah kita cakap “ Kalau tak puasa tak boleh raya dan tak dapat duit raya”. So kita masa kecik-kecik dulu dengar macam tu terus semangat berpuasa sebab takot nanti kalau tak puasa tak boleh raya dan yang lebih ditakotkan kalau tak dapat duit raya. Biarlah kita puasa sampai tak larat nak bangun, kering abis air liur ditelan, ada yang  balik sekolah terus terbaring sampai bukak puasa, sampai bila nak buka puasa pun kena papah duduk kat meja makan sbb tak larat sangat nak bangun jalan. Haha Itu semua sanggup ditahan asalkan bila raya nanti janji dilaksana iaitu dapat duit raya. Betol tak? Bagi budak yang tak puasa pulak, tak boleh berbuka sekali. Duduk depan tv kat ruang tamu sambil tengok orang yang berpuasa menikmati juadah yang penuh 1 meja tu dengan perasaan jeles sambil ckp dalam hati “ruginya aku tak habiskan puasa hari ni, kalau tak aku da boleh melantak semua makanan kat atas meja tu sekarang.”

Itu time kita kecik-kecik. Sekarang dah besar n bajet dah matang, so dah tak pakai dah pesan org tua-tua kat atas tadi tu. Sebab bila dah besar dah jarang dan susah nak dapat duit raya dah. So orang ‘besar’ ni pikir kalau tak puasa pun still boleh raya, duit raya tu tak kesah dah, sbb dah besar pandai dah cari duit. Maka mungkin dengan sebab ini dorang yang dah besar-besar ni ketegaq tak nak puasa. Selamber je berasap kat tandas,kat tangga-tangga laluan exit. Keluar tandas bau semerbak bau rokok, bangga kan orang tau korang hisap rokok dan tau korang tak puasa? Baguih laa..Dan paling chantek sekali perangai, bila tak puasa makanan punya la mewah-mewah, KFC, A&W , McD. Bersepah kat tangga-tangga, siap makan lunch set dan family set lagi. Baguih dok ada kan perangai korang. Mungkin bila bulan puasa je kot dorang berpeluang makan benda-benda cenggitu,bulan lain tak berkesempatan. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Amin

                                                   ************************************

Amboih,panjang pulak prolog aku. Sory, dah lama tak berblog, rasa gian nak menaip itu pasal aku lempiaskan nafsu aku kat intro ni. Hehe

Sebenarnya aku nak kongsi  pasal sebuah buku ni. Sharing is caring kan :) Tajuk dia Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hasil tulisan Fatimah Syarha. Korang yg tengah baca ni mesti cakap “ adham ni,sejak keje kedai buku, macam-macam buku yang dia nak promote, poyo je, sebelum ni aku tengok dia ni tak pernah pun membaca,buku nota analog pun tak baca,ni pulak buku macam ni,lagi la impossible nak baca.” kan kan? Hahaha Aku hanya mahu berkongsi dan suggest-kan kat korang suruh baca sebab aku rasa buku ni semua orang patut baca.




Ni aku nak bagi preview sikit pasal buku ni. Buku ni adalah berkisar pengalaman seorang wanita ketika masih belajar sehingga lah selepas kahwin. Walaupun penulis ni menggunakan watak dgn nama lain dalam buku ni tapi aku rasa cerita ni adalah mengenai pengalaman hidup beliau sendiri. Buku ni boleh la aku ckp sebagai motivasi or sumber inspirasi untuk kita semua. Tajuk ada perkataan cinta tapi bukan lah cinta sesama insan je semata-mata. Macam-macam info dan tips yang sgt berguna ada dalam buku ni. Sunnah-sunnah nabi yang boleh dipraktik kan dalam hidup kita pun ada. Seriously, baca buku ni rasa macam reflect dgn realiti kehidupan kita n rasa macam kena kat batang hidung sendiri. So, aku malas nak kasi preview panjang berjela(kalau nak preview detail lagi boleh la google tajuk buku ni), hangpa cari hangpa baca la.Tak rugi pun. Lagipun buku ni tak tebal dan tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Ala, buku novel cintan cintun tu korang boleh baca tak sampai 3 hari inikan pulak buku ni, sejam lebih pun aku rasa dah boleh habis. Majalah hiburan Mangga or URTV mampu kau beli inikan pula buku ni yang cuma berharga rm12 (kalau tak silap) tak boleh kita beli.

Buku ni memang ‘highly recommended’ untuk remaja(macam aku ni) , suami isteri yang baru berkahwin, laki perempuan yang bakal berkahwin, bagi mereka yang bakal dirisik dan merisik, yang pernah bercouple atau sedang bercouple, mereka-mereka yang frust menonggeng putus cinta dan utk sesiapa yang tak pernah bercinta dan tak tau apa itu cinta, bagi mereka yang mencari cinta dan teman hidup dalam menuju redha Allah J

Aku berterima kasih sangat kat kawan kerja aku yang beriya-iya paksa suruh aku baca buku ni. Dan syukur Alhamdulillah, terdetik hati untuk meminjam dan baca. Lepas habis baca, memang rasa nak suruh semua orang baca buku ni. Even mak n kakak sendiri aku suruh baca. Kawan kat tempat kerja pun gilir-gilir pinjam buku ni.Aku pun tak tau kenapa, sebelum ni buku yang aku baca tak pernah pun rasa macam nak share kat orang suruh orang baca jugak. Tapi lepas baca buku ni, rasa macam...."ya,semua orang memang patut baca". Kalau tak semua pun atleast aku rasa keluarga,kawan-kawan dan kenalan aku patut baca buku ni. Sure, lepas korang baca buku ni korang dapat rasa apa yang aku rasa. :)



Selamat menjalani ibadah puasa semua. Semoga kita mendapat puasa yang sempurna dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Amin