Pages

5.2.13

Ikhlas itu bukan mudah


Assalamualaikum warahmatullah

Kekadang aku terfikir kenapa org yg solat dan melakukan amal ibadah yg lain tetapi masih melakukan dosa.Kenapa org yg selalu melakukan kebaikan tetapi masih tega melakukan maksiat.Kenapa kekadang nampak berubah ke arah kebaikan pada mulanya tapi kemudian kecundang di pertengahan jalan dan kembali kepada asal.

Aku juga begitu.Aku pun manusia. Ketika diri ingin berubah ke arah lebih baik dan bermujahadah di jalan Allah, kekadang diri tidak terlepas daripada dosa. Mungkin itulah sebabnya kita disuruh sentiasa bertaubat dan bermuhasabah diri.

“Keampunan Allah mendahului murka-Nya”. “Pintu taubat Allah itu lebih luas daripada ruang langit dan bumi”. Itulah kata-kata pemujuk yg sering aku ingat supaya tidak berputus asa dan sentiasa bertaubat kepada Allah.

Mungkin kerana aku melakukan kebaikan tidak ikhlas..bukan kerana Allah.Mungkin juga aku meninggalkan kejahatan tidak ikhlas...bukan kerana Allah. Kekadang terasa beramal dan melakukan kebaikan dgn ikhlas tetapi terganggu pula dgn perasaan ujub dan riak.

Ya,ikhlas bukan mudah. Kata ustaz, ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah.

Pesan pada diri, “Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat”. Buatlah apa sahaja kebaikan yg termampu sebanyaknya sehingga kita lelah utk melakukan kejahatan. Pedulikan ikhlas atau tidak kebaikan yg kita lakukan itu. Ikhlas itu hanya Allah yg berhak tentukan kepada hamba-Nya.

Ketika diri kekadang terasa masih lalai utk sentiasa mengingati Allah, ingatlah pesan Imam Ghazali pada muridnya yg bertanya “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”.Kata Imam Ghazali, “Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata perkataan yg kotor dan sia-sia”. Ya,lebih baik lalai dan leka dalam melakukan kebaikan.

Kekadang ada teman yg berkata “Eleh dia ni, setiap hari baca Al-Quran, setiap hari pegi masjid, tapi perangai tak ubah pun”. Memang nak berubah bukan mudah, nak istiqamah pula lebih sukar. Perubahan kita bukan utk org lain nmpak dan perasan, tapi cukuplah sekadar diri sendiri tahu dan sedar utk sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Teringat satu kisah pertanyaan Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang seseorang yg mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah s.a.w menegaskan solat org itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yg buruk itu.

Kata ustaz pahrol mohd juoi, “Jika dirimu masih melakukan kejahatan,ingatlah itu bukan alasan utk berhenti melakukan kebaikan.Bahkan iringilah perbuatan dosa dgn kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapus kejahatan”.

Diharapkan supaya tidak berputus asa utk bertaubat kepada-Mu ya Allah. Moga tidak malu utk menangis mengharap keampunan-Mu ya Allah.

 Jangan putus asa utk bertaubat walaupun sering melakukan kejahatan. Teringat kata-kata, Kejahatan yg menyebabkan engkau menangis,lebih baik daripada kebaikan yg menyebabkan engkau takbur.

Ya Allah, pilihlah aku untuk ikhlas walaupun ku tahu ikhlas itu sangat rahsia. Aaminn Ya Rabb

"Ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita"


22.1.13

Ya Rasulullah Ya HabibAllah Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..


Assalamualaikum w.b.t

Sempena Maulidur Rasul atau kelahiran Rasulullah tercinta Nabi Muhammad s.a.w yg bakal menjelang esok hari, aku nk berkongsi dua buah lagu yg sangat sangat menyentuh kalbu ini dan mampu buat air mata mengalir (jika kita betul2 cinta dan rindu Rasulullah) . Kasih Padamu dan Pemergianmu Rasul. Lagu ni adalah sebahagian daripada lagu2 yg terdapat dlm buku & album Sirah Teragung Muhammad s.a.w oleh Hafiz Hamidun. 


Kat bawah ni jugak aku sertakan lirik dia. Selamat mendengar dan hayati bait-bait lirik dia deh.

Lirik Kasih Padamu (Rasulullah)


Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman 
Tahan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..

Lirik Pemergianmu Rasul


Pemergianmu Ya Rasul
Dinanti para malaikat
Iringi menyambut kekasih Allah
Dunia gusar, bertambah bimbang
Sedih dan pilu
Mula menyelubungi

Pemergianmu Ya Rasul
Sebagai tetamu syurga
Para sahabat berlinangan air mata
Dunia hiba atas baginda
Wafatnya insan paling mulia

Pemergianmu Ya Rasul
Setelah kau menyalakan
Sinaran akidah pada umat
Dunia gelap menjadi cerah
Nyalaan Islam terang cahaya

Pemergianmu Ya Rasul
Menghulurkan buat umat
Al-Quran sebagai mukjizat
Dunia terang dengan panduan
Supaya selamat di dunia
Dan akhirat

p/s sungguh aku menangis bila dengar lagu2 dalam album ni. :'( 
     

21.1.13

Pemuda Palestin vs Pemuda Yahudi



Sheikh Wahid bin Abdul Salam bin Bali menceritakan bahawa ada seorang anak muda Palestin berkata kepada seorang pemuda Yahudi :

“ Kami akan memerangi dan mengalahkanmu sehingga kamu akan lari bersembunyi di sebalik pokok dan batu. Lantas pokok dan batu akan memberitahu bahawa kamu sedang bersembunyi di belakang. Kami sangat yakin kerana ia diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.”

Pemuda Yahudi tersebut menjawab : “ Kami jugak mengetahuinya kerana ia memang tercatat dalam kitab kami. Tetapi, hari ini kami tidak gentar kerana dalam kitab kami menyatakan bahawa pokok dan kayu yang bercakap dengan golongan Muslim tersebut ialah generasi umat Islam yang jemaah solat Subuhnya seramai solat Jumaat. Kami tidak gentar kerana generasi tersebut masih belum muncul.”

#PrayforGaza #PrayforSyria


  jom pakat2 hafal dan baca lepas setiap kali solat 5 waktu :)

18.1.13

Ehem, test test!


Assalamualaikum w.b.t

Harini lepas solat subuh terdetik pulak di hati nak bukak blog. Rasanya setahun jugak tak bukak blog ni. Kalau lah blog ni umpama buku di rak2 buku yg dah setahun tak terusik, mau berhabuk sgt dah. Fuh fuh (tiup habuk n konon2 baru ambil buku yg berhabuk ni dari rak buku).

Alhamdulillah.

Masih dipanjangkan umur dan diizinkan Allah utk hidup hingga hari ini di muka bumi ni dan dipinjamkan udara oksigen utk disedut dan menghembus keluar karbon dioksida utk manfaat makhluk Allah yg lain. Bersyukur juga masih diberi nyawa dan kesihatan utk beribadat dan bertaubat kepada-Nya (sungguh,byk dosa aku T.T ).  Dan yg paling penting, terima kasih Ya Allah kerana nikmat  Islam dan Iman yg Engkau kurniakan kepada hamba-Mu ini utk aku sedar diri yg aku ni seorang hamba dan Engkau lah Pemilik ku.

Subhanallah.

Cepat sungguh masa berlalu.  Rasa sem yg lepas ni kejap sangat, tahu2 dah study week n final exam. Dan sekarang dah start cuti. Makanya, lepas cuti sem ni adalah semester terakhir aku sebagai seorang mahasiswa. (InsyaAllah jika takde pape masalah n hopefully grad on time). 
Kejap sangat kan?kan kan? Tolonglah setuju!
 Mungkin disebabkan gelaran budak final year atau lebih tepat abg2 senior*cewah dan konon-kononnya busy lah sangat.  Busy dengan FYP ( final year project) or PSM (projek sarjana muda kot) katanya. Tapi memang busy pun. Seriusly, sepanjang 7 sem aku bergelar seorang MAHAsiswa, sem 7 yg lepas ni lah yg ter-sibuk sekali.  Memang tercabar naluri aku sebagai seorang lelaki. Eh! Bukan, mmg rasa mencabar btol dan alhamdulillah dapat survive jugak even struggle terok T.T   *umpama watak hero dalam filem yang mula2 kena belasah teruk dengan geng2 kapak (orang jahat) dan akhirnya mengamuk belasah balik org2 jahat tersebut disebabkan awek diusik tanpa rela. Haa, macam takde kaitan kan? Haha

Oh! insyaAllah, ini hanyalah sebagai mukadimah setelah sekian lama tak post entry baru. Dan kalau boleh mahu jugak selalu update blog ni. Niat di hati begitulah. Tapi mungkin lepas ni kena pndai manage time lagi kot. Sebab jeles jugak dengan org2 yg rajin update ni, ada je masa utk berblog even byk jugak keje lain dan mungkin jugak lebih sibuk daripada aku ni. InsyaAllah, tak dapat sama rajin macam fatin liyana jadi rajin macam inche gabbana pun ok dah. (berangan)

Tapi yang pasti aku rajin ber-coolblog! :D (oh,terliur!)

p/s Azam baru. Aku mahu post dan share benda2 yg bermanfaat dan bawa kebaikan utk semua sambil ianya sebagai peringatan utk diri sendiri. 

Apa guna ada blog,facebook dan twittter dsb. kalau tidak gunakan ia sebaiknya sebagai medium utk berdakwah dan mengajak org kearah kebaikan. Tak kan kita nak baik sorang-sorang kan?