Pages

18.1.13

Ehem, test test!


Assalamualaikum w.b.t

Harini lepas solat subuh terdetik pulak di hati nak bukak blog. Rasanya setahun jugak tak bukak blog ni. Kalau lah blog ni umpama buku di rak2 buku yg dah setahun tak terusik, mau berhabuk sgt dah. Fuh fuh (tiup habuk n konon2 baru ambil buku yg berhabuk ni dari rak buku).

Alhamdulillah.

Masih dipanjangkan umur dan diizinkan Allah utk hidup hingga hari ini di muka bumi ni dan dipinjamkan udara oksigen utk disedut dan menghembus keluar karbon dioksida utk manfaat makhluk Allah yg lain. Bersyukur juga masih diberi nyawa dan kesihatan utk beribadat dan bertaubat kepada-Nya (sungguh,byk dosa aku T.T ).  Dan yg paling penting, terima kasih Ya Allah kerana nikmat  Islam dan Iman yg Engkau kurniakan kepada hamba-Mu ini utk aku sedar diri yg aku ni seorang hamba dan Engkau lah Pemilik ku.

Subhanallah.

Cepat sungguh masa berlalu.  Rasa sem yg lepas ni kejap sangat, tahu2 dah study week n final exam. Dan sekarang dah start cuti. Makanya, lepas cuti sem ni adalah semester terakhir aku sebagai seorang mahasiswa. (InsyaAllah jika takde pape masalah n hopefully grad on time). 
Kejap sangat kan?kan kan? Tolonglah setuju!
 Mungkin disebabkan gelaran budak final year atau lebih tepat abg2 senior*cewah dan konon-kononnya busy lah sangat.  Busy dengan FYP ( final year project) or PSM (projek sarjana muda kot) katanya. Tapi memang busy pun. Seriusly, sepanjang 7 sem aku bergelar seorang MAHAsiswa, sem 7 yg lepas ni lah yg ter-sibuk sekali.  Memang tercabar naluri aku sebagai seorang lelaki. Eh! Bukan, mmg rasa mencabar btol dan alhamdulillah dapat survive jugak even struggle terok T.T   *umpama watak hero dalam filem yang mula2 kena belasah teruk dengan geng2 kapak (orang jahat) dan akhirnya mengamuk belasah balik org2 jahat tersebut disebabkan awek diusik tanpa rela. Haa, macam takde kaitan kan? Haha

Oh! insyaAllah, ini hanyalah sebagai mukadimah setelah sekian lama tak post entry baru. Dan kalau boleh mahu jugak selalu update blog ni. Niat di hati begitulah. Tapi mungkin lepas ni kena pndai manage time lagi kot. Sebab jeles jugak dengan org2 yg rajin update ni, ada je masa utk berblog even byk jugak keje lain dan mungkin jugak lebih sibuk daripada aku ni. InsyaAllah, tak dapat sama rajin macam fatin liyana jadi rajin macam inche gabbana pun ok dah. (berangan)

Tapi yang pasti aku rajin ber-coolblog! :D (oh,terliur!)

p/s Azam baru. Aku mahu post dan share benda2 yg bermanfaat dan bawa kebaikan utk semua sambil ianya sebagai peringatan utk diri sendiri. 

Apa guna ada blog,facebook dan twittter dsb. kalau tidak gunakan ia sebaiknya sebagai medium utk berdakwah dan mengajak org kearah kebaikan. Tak kan kita nak baik sorang-sorang kan?





No comments:

Post a Comment