Pages

26.9.11

ohhhhh harammmmmm!!!!

assalamualaikum

Aku baru je lepas tengok cerita or cerekerama tajuk OH HARAM!. Ramai kawan-kawan aku yg recommend suruh tengok cerita ni. Dorang kata best. Aku pun teruja nak tengok so semangat suruh member download dan baru je tadi berpeluang tengok.Tengok berjemaah dekat dorm yang bocor syiling nye apabila hujan lebat turun.


Lepas tengok cerita ni, macam-macam persoalan bermain di fikiran. Asalnya mengantok terus segar disebabkan persoalan pasal cerita ni ligat menari kat kepala. Memang cerita ni agak berat. Kalau tak ditafsir dengan hati dan akal fikiran mungkin cerita ni hanya menjadi bahan ketawa orang sahaja.

Oh Haram ni kalau nak tau sinopsis dia boleh la google sendiri ye. Takpun download je terus. Serius tak rugi kalau tengok. :)

Bagi aku cerita ni dibuat based on reality. Reality masyarakat Islam sekarang ni yang dikatakan moden dan open minded. Ayat-ayat yang digunakan semua adalah tipikal Melayu dan biasa dengar orang-orang yang tidak dapat menerima teguran cakap. Contoh, " ingat kau pakai serban, kau mulia sangat ke?". Lagi contoh, "ala,pegang tangan je pun...", "alaa, kitorang study je,bukan buat apa pun,itu pun salah ke?" dan banyak lagi la. Mungkin korang pernah dengar dengan telinga korang sendiri or korang sendiri pernah cakap ayat-ayat macam ni secara lisan or dlm hati. Biasalah, kita kadang-kadang tidak boleh menerima teguran atau tidak senang melihat kebaikan orang lain.Setan plus hawa nafsu selalu mendorong menghasut supaya dengki so terjadilah kata-kata seperti "alaaa, dia bukan baek sangat pun..", "eleh,bajet alim la tuuu..". Free-free orang yang kita cakap macam tu dapat pahala kan.

So,bukan salah ibu mengandung tapi salah diri sendiri yang tak dapat menerima teguran dengan baik. Sepatutnya kita yang cuba mengubah kekurangan diri tersebut dan memperbaiki kelemahan diri bukannya belagak sombong pulak. <------ nasihat untuk diri sendiri

Mungkin cerita ni boleh memberi pandangan negatif terhadap Islam dan golongan pendakwah tapi aku cuba mengambil hanya nilai positif dan pengajaran melalui cerita ni, yang negatif tu campak jauh-jauh.

Jadi, persoalan yang masih bermain di fikiran aku dengan seorang member aku ni adalah, adakah betol cara teguran yang dilakukan pendakwah ni? Sebab bagi kitorang setelah sama-sama berdiskusi (amboi ayattt...)  setiap ayat-ayat teguran dia kebanyakkannya adalah benar mungkin hanya cara nye agak kasar. Member aku sorang ni dah pun bertanya pasal ni kat seorang ustaz yang feymes kat Youtube. Kitorang tak tanya pasal jalan cerita ni best ke tak or pelakon dia hebat berlakon ke tak just kitorang nak tau betol tak cara teguran pendakwah tersebut in reality not only in drama. Sebab ramai yang bagi comment dan pendapat sendiri cara dia salah dan bagi ayat tipikal melayu yang berbunyi seperti ini "nak berdakwah biarlah berhikmah".So,kitorang sama-sama tunggu lah jawapan dan respond drpd beliau pulak. :)


p/s : bukan hanya sekadar menonton bergelak tawa, cuba mengambil pengajaran dan manfaat drpdnya

No comments:

Post a Comment