Pages

16.1.11

aku tak puas hati! aku tak puas hati!

Ahhhh,aku tak tau nk start citer macam mane. Aku tak reti la nak buat intro. Senang citer gini laa, aku agak kurang selesa bila naek bas dari KL ke Kuantan petang tadi. Before ni slalu ok je, tak de hal sangat, seronok je bile naek bas balik ke kampung halaman, nak menjenguk kedua ibu bapa setelah lama berada di perantauan. Tapi petang tadi tibe2 aku rase kurang senang btol dengan bas feveret aku 'Plusliner' tu. Bukan aku tak puas hati dengan bas sebenarnye, tapi dengan penumpang2 yg menumpang kat dlm bas tu. Adoii.

Macam biase, bile bas sampai aku pun naek la bas. Aku duduk kat seat aku diam2. Seat sebelah aku kosong. Aku harap org yang bakal duduk kat sebelah aku ni adalah seorang awek yg berbaju kurung macam Ana Raffali. Tak de la cam beliau sangat tapi aku harap biarlah sorang perempuan. Then, aku nampak seorang awek yg berjaya menarik perhatian aku masuk sambil melihat tiket mencari seat. Wah, dia da makin dekat dgn aku, aku dapat rasekan yg dia akan duduk atau nak duduk kat sebelah aku sebenarnye -perasan! Tapi ternyata yg aku memang perasan, dia bukan duduk kat sebelah aku tapi duduk kat seat sebelah yg laen. Dpt imagine tak??

Aku pandang dia, dia pandang aku lepas tu aku buat2 pandang kat luar tingkap. MALU! Lepas tu aku curi2 pandang balik. HAHA Tiba2 ade makhluk blocking aku nye nice view tu. Siot je!! Lepas tu dia slamber je duduk kat sebelah aku. Owh, memang la, dah seat dia sebelah aku mmg la slamber je dia duduk kan. Hmmm
Yang duduk kat sebelah aku ni berjantina lelaki, agak violent muka dia. Then, bas pun gerak, macam biasa aku msg ayah aku kate bas dah gerak.

Bila dah lepas je tol Gombak, aku ingt nak tido la kan. Nak bagi ngantok aku tgk la line putih tepi jalan or highway tu smpai rase nak tertido. Bila aku da rase ngantok n menguap aku pun cuba la nak tido. Tiba2 ade pulak amoi dua org kat belakang aku ni bercerita bukan maen kuat lagi. Sembang macam nak marah, padahal sembang dua org je, ni smpai nak bagi semua orang dengar. Lepas tu orang sume dah pandang2 pun tak paham2 lagi. Adeyhh. Aku pun keluarkan earphone aku dgr lagu kuat2. Lepas tu sambung tido balik dengan dahi berkerut sebab pasang lagu kuat sangat. Huhu

Baru je aku tido tak sampai 10 minit rasenye, tiba2 aku terasa bahu aku berat. Aku bukak je mata tengok sebelah rupe2nye mamat tu baek je lentok kat bahu aku. Hoi brader, lu ingat gua punye bahu lu punye bantal ka?- aku sound dalam hati. Lepas tu dia tersedar, aku pun bagi renungan tajam yg membunuh kat dia. Aku ingat dia paham la kan, then dia kuarkan sweater dia dari beg lepas tu slamber je letak kat bahu aku sambil tepuk2 macam bantal. Pastu dia cakap " Best la tido kat bahu awk..selesa!". Sungguh cantek kan perangai beliau. Takpe, aku ni penyabar orangye, aku halalkan jela bahu aku ni jadi tempat sandar beliau. Tapi yang paling best, beliau ni tido berdengkur satu bas boleh dengar. Dah la tido kat bahu aku lepas tu berdengkur hebat pulak, boleh tak korang bayangkan perasaan aku time tu?? Tu ok lagi, yg paling tak ok bila semua di sekeliling pandang aku. Lepas tu, kantoi pulak yang mamat tu lentok baek kat bahu aku ala2 pasangan kekasih di dalam bas. Semua orang pandang, aku mampu senyum jela, sambil buat muke innocent. Awek td tu pandang aku pelik je. Mesti dia ingat aku ni gay, OH TIDAK! T.T

Aku pun redha je laa, sambung tido balik dgn kepala tegak je tak bergerak. 20 minit lepas tu aku rase beban yg dipikul di bahu tadi dah takde. Ahhhh, aku lega!! Mamat tu dah tak tido kat bahu aku. Aku tgk dia tengah jawab call. Baguslah, jangan kacau hidup aku lagi! Aku perasan dia jwb call tu lama, aku pun slow kan la volume nak curi2 dgr ape yg dibualkan mamat tu. Aku dengar dia cakap "Bucuk bucuk, jgn la rindu baby kat sini, nanti cuti baby jumpe la bucuk balik,kite dating kat taman KLCC ye!" Bluekkk, tiba2 je aku rase mual. Dia gayut dgn awek die rupenye. Adeyhhh, aku pun dgn pantas kuatkan la balik volume sbb tak tahan nk dgr ke-sweet-an dorang. Tet tet!- bateri low. Terima kasih byk2 la fon ku, time2 camni la ko nak low bateri kan. Hmmmm terpaksa la aku tadah telinga dgr dorang sweet2. T.T Dah la amoi kat belakang aku ni tak abes2 lagi citer dia. Rase nak jentik2 je cuping telinga dorang smpai merah. Ahh, lantak korang la, aku nak tido!

Uwek uwek! Sape pulak la buang bayi dalam bas ni? Tadi takde. Owh, anak makcik kat depan tu rupenye, tadi baby tu tido kot. Tapi kan, kalau nanges kejap je boleh terima lagi, ni lame pulak. Aduyai. Makcik, tolong la bagi dia nenen ke ape supaya dia diam. Haaa, nasib baek la makcik tu boleh baca minda aku, lepas tu dia pun nenenkan anak dia. Yang tak boleh blah, makcik tu siap dodoikan anak dia kuat2 lagi macam kat umah. Lagu Enjit-enjit Semut lak tu, byk2 lagu, lagu tu jugak yg jadi pilihan ey. Tringat aku citer Hantu Kak Limah bile nyanyi lagu tu. HAHA Tapi yang aku hairan nye, baby tu boleh lak layan n tido nyenyak lak tu. Tapi tak kesah la, asalkan budak tu diam. Aku tgk sekeliling yg laen pun da diam, tersentuh dgr lagu Enjit-enjit Semut tu kot, skali amoi2 kat blakang aku pun diam. Bagus! Boleh la aku sambung tido aku yang terbantut tadi tu.

Baru je nak tido, aku rase bas tiba2 slow. Aku tgk kat luar dah sampai tol Gambang rupenye. Hah, dah nak smpai UMP??? Terima kaseh sekali lagi, aku sambung tido kat bilik jela. Memang sume orang dengki tak bagi aku tido dalam bas tu kan. Nasib baek la dari KL ke Kuantan, kalau KL- Kelantan ke, mau jadi macam mata panda aku nye mata ni. Serius aku tak puas hati ape yg jadi kat aku hari ni!! Sudahlaa, baek aku tido kat bilik je. Boleh peluk bantal besar oren aku tu, lagi selesa! Kroh kroh



p/s : cerita ni ada fakta ada auta. lu pikir la sendiri mana btol mane auta! ^^

3 comments:

  1. part tido kat bahu tu paling best..haha

    ReplyDelete
  2. aah dean.. aku pon nak try gak ar nnti.
    am! jom sok duk seblah lam bas! hahaha

    ReplyDelete
  3. sory amamoy,td aku blk kelas awl la..sok la kite duk sebelah k..haha

    ReplyDelete