Pages

30.4.11

Berfoya-foya, Jiwa kelajuan Fast & Furious

Assalamualaikum semua...

Haaaa, ni ceq nak habaq yang ceq dah abeh exam nih. Alangkah gumbira nya rasa hati ini. Bagaikan anak-anak kecil berlari keriangan di taman permainan. Haa, macam tu la gambaran betapa aku ni betoi2 happy habaq hang! 

Tak sangka naa, kejap betoi abeh dah sem 4 nih. Time mula-mula dulu selalu merungut awat la lambat sangat nah abeh sem nih, ni bila dah abes sebok nak kecoh kejap pulak masa berlalu. Tula dia, tabiat!

Bila dah abes so macam biasa, aku pun berpoco-poco   berpoya-poya la. Hari ini dan semalam,amboih macam tajuk lagu dah. haha hari ni dgn semalam aku pergi bersuka-ria dengan classmate aku. Kitorang pergi clubbing,menari sambil ketawa riang. Haha takdelah, kitorang pergi main bowling, makan-makan then tengok wayang. Gila apa nak pergi clubbing. Mau kena membebel dengan mak aku 3 hari 2 malam. huhu

Kitorang tengok cerita Fast Five tuuuu!! Best gila! Even aku ni bukan la minat sangat pasal kereta-kereta ni mahupun penonton setia cerita fast furious ni apatah lagi seorang gamer Need For Speed, tapi im feel very excited bila tengok cerita ni. Giler dahsyat oo tengok kereta-kereta yang super awesome dalam cerita tu. Lepas tu accident relax je biar hancur berkecai semua. Ada orang kat dalam wayang tu siap menjerit macam kereta dia pulak yang kena langgar. Stress kot tengok kereta smart2 hancur macam tu je.HAHA Lepas tu pulak pelakon semua super cool, The Rock ade kot,memang terbaek laa!! Seriously, its an awesome movie. Berbaloi-baloi korang bayar duit tiket wayang tu.



Habis tengok wayang, macam biasa semua dok berangan nak drive macam dorang ni. Bukan dorang, aku sekali. haha Balik tu aku terus pecut 140 km/h,kereta kancil je pun,berlumba-lumba dengan member aku. Hebat tak? Macam fast & furious tak?? ngeh ngeh Tipu je...haha

"Kalau la aku dapat kereta macam dalam citer tu mesti best kan?" Mesti korang pernah bermonolog dalaman macam tu kan. kan kan :P

**************

Cuti 4 bulan ni nak buat ape ey?? lama tuu...takkan goyang kaki garu perut je.Dan tak kan nak majukan bandar kat Cityville je kot. SO kerja la. Emmm balik ni aku nak cari kerja yang halal. Thats my first plan.  Yelah, nak kahwin kan, kena la cari kerja kumpul duit. Haha Aku nak cari kerja CEO bank ke. Ok jugak kan?? :)

Lepas tu nak tengok bola dan layan astro ceria puas-puas!! YEAHHH

Ok la,selamat bercuti semua!! ^^



2 comments:

  1. peerrgghh.. mmg best la fast 5 nie ak ckp..x sia2 byr duet tiket weyh.. ;)

    ReplyDelete
  2. tau takpe..sangatlah best!! :D

    ReplyDelete