Pages

30.6.11

karipap karipap love!!

assalamualaikum

karipap....
macam-macam jenis karipap ada kat dunia ni. 
karipap pusing,karipap instant,karipap inti kentang,inti sardin,inti ayam dan daging cincang.
karipap yang enak di makan ketika masih panas.
karipap yang dijual oleh kak limah dan jugak si janda leha.
karipap yang dipanggil currypuff oleh mat salleh.
karipap yang selalu dibeli di waktu pagi di kedai tepi jalan dekat dengan ofis. 
karipap yang dulu 4 biji seringgit sekarang 3 biji for one ringgit.
It's all about karipap. 

Amboih,bukan main lagi kau berpuisi pasal karipap. Haha
Eh best jugak kalau buat lirik lagu ni. Cam kena jee bait-bait lirik dia. 
 Emm kena gelak ade laaaa! -.-

Tapi aku bukan nak cerita pasal karipap yang menjadi bahan untuk dijamah di waktu sarapan atau waktu petang. Aku nak habaq mai pasal karipap yang jadi bahan bacaan aku dan ramai lagi pembaca di luar sana. Karipap utk dibaca? Kau ni biar betul. Ada ke?
Ada laa,tengok kat bawah ni.



Tajuk novel ni Karipap-karipap Cinta. Agak catchy kan tajuk dia.
First time aku ternampak buku ni kat celah-celah rak buku terus mata aku "tertangkap" kat buku ni. Macam jatuh cinta pandang pertama gitu. Haha Dengan pantas aku menyentuh(dah macam awek pulak nak sentuh-sentuh) buku tersebut dan membelek-belek tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aku baca cover dia pun dah cambest pusing belakang takde sinopsis pulak lagi la membuatkan hati aku meronta-ronta untuk membaca buku ni. (ayat novel kan?) haha Disebabkan aku curious sangat pasal jalan cerita buku ni terus aku baca bab yang pertama. Starting baca dah buat aku ketawa cover-cover takot customer nampak aku excited sangat baca buku tu. Kalau dorang nampak malu la aku! Haha

First chapter pun dah impressed aku so aku pun sorok buku tu cepat-cepat, yelahh, sebab buku tu tinggal satu, kalau tak sorok nanti ada orang beli pulak, kecewa aku.Haha Jahat gila gua. Tapi aku sorok sebab aku memang nak beli pun, tapi tunggu gaji laa.hehe 

Aku duk sorok-sorok tu pun sempat je aku baca curik-curik time bos aku takde. So aku memang berkesempatan baca buku tu sampai dah nak habis sebab bos aku selalu keluar, lagipun buku tu takde la tebal setebal kamus oxford tu, sehari pun dah boleh habis. Tapi aku sengaja tak nak habiskan sebab rasa bersalah pasal buku tu belom menjadi hak milik aku yang sah,padahal tinggal berapa mukasurat je nak habis. Hehe Bagi aku buku ni memang best la, aku memang suka sangat novel ni. Memang kena la dengan jiwa aku. Tapi bagi sesiapa yang rasa tak best buku ni lantak korang la. Best orang dan taste orang lain-lain kan.

Lepas aku baca buku ni, perasaan aku kat kuih karipap semakin meluap-luap( ayat novel lagi). Setiap hari ada je yang menjadi bahan kunyahan aku. Dan aku rasa novel ni pun kalau dibuat drama atau filem mesti best dan aku takkan lepaskan peluang tengok cerita dia. Asyik novel jiwang macam lagenda budak setan dengan Kasih yang Suci je dibuat filem dan drama apa salahnya buat filem untuk novel komedi romantik macam Karipap-karipap Cinta ni pulak.

Rupa-rupanya memang novel ni akan dibuat filem pun. Jadi tak sia-sia laa angan-angan aku untuk tengok novel ni diadaptasi jadi filem. haha Aku tau pun sebab aku google tajuk dia last week, tup tup dekat web PTS publication ada pengarah dah buat deal dengan penulis novel ni. Dan baru tadi aku search-search lagi kat google aku terjumpe kat blog pasal trailer movie ni. Wahhh, gilaaa laa, pantas gila diorang. Tak sangka dah nak keluar time raya nanti. Perghhh, macam dreams come true pulak. Haha

So I'll be waiting for u Karipap!! :D


Tapi kan, pelakon wanita dia macam kureng je. Macam tak sesuai dengan watak Sarah dalam buku ni. Tapi ape2 hal kena tengok dulu la. 

Apa yang penting...kerjasamaa, eh silap, apa yang yang penting petang ni aku pergi tengok Transformers 3. Huahuahua. Jangan jelesssss. :P

p/s Lepas ni nak selalu pergi support Malaysia kat stadium. :)

3 comments:

  1. kih3. mat novel skang ek. malysia boleh!!

    ReplyDelete
  2. wahh..am nk beli novel nie.. am,nnty ak nk pinjam~ btw, ak da dpt pnjm bku kasih yg suci dr kwn adik ak smntre nk tggu buku 2 publish blk.. skang nie ak looking fwd bku stanza cinta~ aauuwww..
    p/s: ak down x dpt tgok transformer 3 smlm.tggu fiesta bkk la nmpk gayenye.nnty jln kaki je g fiesta <3

    ReplyDelete
  3. pinjam?? sewa laa..sehari singgit..haha owh,kau semua novel yg jadi drama semua nak beli kan...tp aku suka amni dlm cerita tu..hehe
    owh,relax laa,jgn la down sgt..nnt tgk la transformers tu puas2 yee.. :D

    ReplyDelete