Pages

7.6.11

Saya suka baca buku!

last published 6 May...

today 8 June..so thats means dah genap sebulan la aku tak ber-blog ni...perghhhh 

same la kita Matt Dean oiii...haha

assalamualaikum pembuka bicara..amboih,macam masuk pertandingan pantun pulak

Kejap je rasa. Dah sebulan dah aku kerja rupanya. Pergi kerja balik kerja lepas tu pergi balik, balik rumah balik. Itulah rutin harian aku sepanjang sebulan ni. Memang takde life langsung lah bila kerja ni. Patut la orang selalu cakap zaman belajar la paling best. Setuju! 

Dah tu kalau takde life kenapa kerja? duduk rumah la goyang bontot lagi best!

Saya kerja sebab bosan duduk rumah je. Kalau kerja dapat la jugak duit poket. Saya bukannya anak orang kaya harta duit meleleh-leleh masuk senang macam gitu aje. Goyang bontot je dapat duit! boleh ke camtu??haha

Dah kerja sebulan kat kedai buku nih, ade la habis 1 rak buku aku baca. Hebat tak? Ade gaya macam pelajar cemerlang tak?haha 


"Bosan lah, baca buku lahhhh" 
susah ooo nak dengar ayat macam ni keluar daripada mulut aku. Sekarang ni bosan je baca buku. Kalau ade orang tanye aku bosan buat ape aku jawab " Kalau bosan aku baca buku." mesti orang yang tanya tu cakap " Koya sungguh nate niiieee." Yelaaaa, dah aku kerja kedai buku tak kan nak maen gym angkat besi pulak kan. Kang kalau aku jawab "Kalau bosan-bosan aku skodeng jiran sebelah rumah" kang...apeee pun tak bolehh! 

Biasalah, dah kerja mesti ada rakan kerja kan. Rakan kerja pun semua best-best lah. Taklah bosan kerja. Ramai yang aku kenal muda-muda daripada aku. Yang siap berjambang misai semua dah, ingat geng abang-abang, n ada muka matang macam mak budak dah rupanya muda daripada aku. Lepas tu ramai tak percaya aku dah 21. Ada ke patut ingat aku nih budak lepas SPM? siap ade nak ngorat lagi. Ingat aku nih budak-budak baru habis sekolah ke. Damn! 

Tapi kan best jugak orang ingat aku umur belas-belas lagi. Budak sekolah perempuan yang datang kedai buku pun comel-comel habaq hang! Boleh la test ngorat. Haha Paling best diorang panggil 'abang'. Contoh " Abangggg (nada suara paling lembut), kat mana buku bla bla bla...." hahaha Saya pun bersemangatlah carikan untuk diorang. Hehe

**********************

Dah kerja ni futsal pun dah jarang. Nasib baeklah seminggu sekali ade la jugak berpeluh maen. Melepak pun kurang,member pun masing-masing kerja. Ade yang dah start belajar. So jarang dah nak membuang masa tak tentu hala. Bagus jugak! 

Lagi satu, cuti ni aku tak sempat lagi nak keluar tengok wayang cerita-cerita baru. Tak berkesempatan lah. Cuti pun sehari je seminggu, bila cuti pulak tak keluar pun, duduk rumah tido je. Haram nak keluar tengok wayang kan. Btw,dengar cerita X-men best. Huhu

Ok lah, berjaya pun aku mengarut kat blog aku nih, dah lame dah pendam sebenarnya. Just dont have a time for u baby! *bluekkk haha 
Selamat malam! Semoga anda sehat semuanya. Rindu pulak member-member kat UMP. :)


5 comments:

  1. aku pon rindu ko am~ hahaha ^^

    ReplyDelete
  2. am simpan la duit kerja kau tuh..nti bukak sem belanja aku..haha..

    ReplyDelete
  3. aku pon rindu kau jugak amamoy! haha

    matt dean,dont worry,setakat cendol pulut sblh maybank tu aku boleh je blanje..haha

    ReplyDelete
  4. perghh..mantap r am skang..bce buku bile b0san.. nieh,nk tnye ni,since ko da kerja kdi buku,nk tnye la ko..novel kasih yg suci ade st0k x tmpt ko? the last song by nicholas sparks ade x???

    ReplyDelete
  5. haha..sory kak,kat tempat saya pun da abes..order kat supplier pun da abes stok..skang dorang tgh reprint..so lambat lg la nak kuar..sabor ye,mmg ramai org carik buku tu skang..haa,the last song tu ade.. :)

    ReplyDelete