Pages

10.6.11

Kalau la aku Mutan

assalamualaikum

Hari ni(semalam) gua cuti..
So gua rasa tak senang hati nak duduk rumah,sebab dah plan nak bawak mak gua jalan-jalan tapi hujan pulak so mak gua pun cancelkan je,gua pun keluar la pegi mall yang ada cinema yang dekat dengan rumah utk menonton wayang iaitu di WangsaWalk mall. 

Gua pun start la engine motor,dan agak-agak dah panas gua pun terus memecut laju meredah hujan renyai-renyai di jalan raya ala-ala filem Remp-it. Sampai kat sana dalam 5 minit menunggu,member gua pun datang. Member baek gua dari sekolah rendah lagi dan perangai pun boleh tahan kesengalan dia. So ngam la dgn gua.

Paling best dia dah janji nak belanja gua tengok wayang. Tu yang seronok bila lama dah tak jumpa mintak apa pun semua on je. Haha Rezeki beb! 

Lu orang nak tau gua tengok cerita apa?? Serius terbaek!!


Bukan cerita kat atas, ni haa kat bawah ni...



Puas hati la tengok cerita ni, dah la tengok free, tapi tak free sangat la, sebab gua bukan jenis yg suka terhutang budi orang belanja so gua pun belanja member gua popcorn, fair la kan. Haha 

Baru gua paham bila tonton cerita X-Men ni. Macam mana si Prof X dgn Magneto yang pada mulanya macam pasangan gay tapi lepas tu bermusuh. Dan si nerd super smart tu boleh jadi Beast pulak. Dan pasal apa si magneto tu pilih helmet jadi kostum dia. Semua persoalan berjaya dirungkai dalam filem ni. Cewah ayat, tak boleh poyosss lagi ke?? haha

Bila tengok cerita ni terasa gua pun mau jadi mutan gak laa. Macam best je. Kalau aku jadi mutan aku nak jadi mutan yg boleh terbang macam ni.


Banshee yang sengal

Dan lagi best siap boleh invisible lagi. Senang nak skodeng, eh silap, senang nak maen nyorok-nyorok. Haha
Yelah, kalau agak-agak bosan bila dalam lecture hall tapi nak keluar selamber badak takot lecturer sentap pulak kan, so baik invi je sape pun tak perasan kan. Bijak tak? haha

Tak pun gua ada superpower boleh bertukar-tukar wajah. Dengan riak dan sombongnya selamber je gua bertukar jadi Aaron Aziz aka Seth Tan dalam cerita Nora Elena tu. Perghhh, beratur awek-awek dan makcik-makcik nak kuar date dengan gua kan. Semua nak beromantika dengan gua. Haha Takpun jadi Justin Bieber, dapat Selena Gomez! huahuahua*gelak jahat

"Sebab tu la kau tak jadi Mutan or X-Men. Kalau tak jahanam" <--- khas dituju kat diri sendiri.

Oklah, hari pun dah gelap(mmg la dah malam) so baek tido dululah. Esok nak kerja. So, selamat malam semua!! :)

p/s : cerita KL Gangsters full house dari petang smpai midnight. Dahsyat!!

No comments:

Post a Comment