Pages

14.2.11

Esok cuti!!!

pelawok pelawok pelawok <------- sekarang ni ramai budak2 UMP terpengaruh dgn cerita hantu kak limah balik rumah termasuk aku


assalamualaikum


Tadi aku pegi konsert beb.Bukan konsert or gig metal hardcore mahupun indie tapi aku pegi konsert nasyid. Yaaa,konsert nasyid. Best beb!! Konsert ni adalah program khas yg dianjurkan UMP sempena sambutan Maulidur Rasul yee, bukan Valentine's Day,haraammm. Bagi aku, inilah sambutan maulidur rasul yang paling bermakna selain berarak bawak sepanduk sambil berselawat masa kat sekolah dulu-dulu. Konsert ini  telah menampilkan kumpulan nasyid feveret aku jugak time skolah dulu, In-Team dan Azhan Atan juara Akademi fantasia Nasyid. Serius terbaek dorang perform, berjaya mengimbau kembali zaman skolah dulu,time tu hiburan yang ada nasyid jee,duk pasang kat surau 1 asrama dengar, mane tak layan kan sampai dalam tandas pun duk bernasyid. Dan bagi aku, bagus jugak UMP buat program2 camni, da la free, cuma td takde makan free je. Haha Lepas ni rajen2 la lagi buat program camni ye, serius aku pegi :)


Tadi pun aku tengok ramai jugak crowd yang datang. Baguslaa, itu menunjukkan tak ramai budak UMP yang kuar dating sambut Valentine's Day. Aku jugak perasan ramai dak2 laki yang muke nampak violent dan ganas tapi datang konsert nasyid tu. Maybe luaran je nampak ganas tapi dalam hati ade taman beb!haha Baguslaa macam tu. Alaaa, tak salah sebenarnya layan nasyid ni, memang tak salah pun, lagi digalakkan sebenarnya. Nasyid ni bertujuan mendidik jiwa. Mungkin laa laki2 ni agak malu nak ngaku layan nasyid maybe sebab nasyid kat Malaysia ni banyak yang selit unsur-unsur cinta, takot dilabel jiwang tapi sebenarnya cinta yg dimaksudkan tu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul dan cinta kepada ibu bapa lepas tu baru la cinta sesama insan. Tapi sekarang nasyid or lagu ketuhanan da mula mendapat perhatian dan diterima ramai, or da mainstream dan komersial contoh macam Maher Zain sekarang. Dah macam 1 fenomena. Aku pun suka dengar lagu2 dia. Macam kat indon pulak, banyak band2 yang buat lagu ketuhanan, semuanya best2, macam Wali band, ST12, Ungu dan Opick. Tapi Malaysia?? bile lagi??





"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).


Doa ni terdapat dalam lirik lagu Nur Kasih ^^
 
Ok la, nak tido, esok cuti. Yes!!
 
Salam Maulidur Rasul :)

No comments:

Post a Comment