Pages

23.6.11

Tension sangat ke kau?

assalamualaikum

Apa khabar semua? sehat sejahtera hendaknya.
Semalam hari jadi awek aku. Apa yang patut aku bagi agaknya? Sebuah tv plasma 40 inci? Seekor beruang teddy bear sebesar pemeluk kayu  balak? Adakah juga sejambak bunga mawar berduri yg hampir layu dan sepapan coklat Ferero Rocher. Takpun hantar rombongan meminang terus?
Tapi bukan persoalan tu yang aku nak cerita kat entry aku pada pagi yang sunyi sepi ni. 

Semalam jugak ada artis datang tempat aku kerja aku. Nama dia kalau tak silap aku  Rebecca Nur Islam(padahal dah Google). Hot gilaaaa wa cakap lu. Nama je Nur Islam kat belakang tapi sexy habaq hang. Ketaq jugak la aku time dia tegur aku. Bukan tegur nak ajak berborak. Dia tegur macam ni " Yasin kat mana?" Owh,surah yassin.Aku ingat dia cari mana Yasin,member dia ke,rupanya surah Yassin. Aku pun bawak laa dia ke rak yang tersusun rapi pelbagai jenis Surah Yasin.Tapi bagus jugak, hot-hot pun pandai la jugak cari surah Yasin,nak baca. Tapi tak tau la, dia beli banyak-banyak,yang kecik-kecik mesti ada kenduri doa selamat ke takpun tahlil la tu kot. Ok, bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya.

******************************

Okay,  korang pernah stress or tension sampai rasa nak lari rumah or hisap rokok banyak-banyak sampai muntah tak?? Yang tak pernah bagus dan yang pernah aku nak tanya, dahsyat sangat ke tension korang tu sampai yang pompuan nak try hisap rokok abang dan ada yang bergaduh dengan mak ayah sampai nak lari rumah?? Contoh, bukan aku dan bukan orang lain. Bukan apa, aku cuma pelik dan hairan ada jugak makhluk yang mati akal atau jadi bodoh sekejap bila tension. Tu yang konon hisap rokok nak release tension dan pergi clubbing nak berseronok lupakan masalah dunia. Masalah dunia tak settle tambah masalah akhirat pulak. Kan lebih elok berdoa mintak tolong kat Allah mintak ringankan masalah, takpun agak-agak nak berdoa pun tak ikhlas sebab tension punya pasal baik tido je, petik gitar gubah lagu ke, takpun bersiar-siar di taman tasik. Kan lebih cantik begitu. :)


Kalau tension sebab yang relevan takpe jugak. Macam exam ke kan, takpe la jugak nak stress-stress pun,nampak la kita struggle nak jawab exam kan. Ni tak. Masalah kucing jiran saling bergaduh pun nak jadi hal. Takde kawan yang 1 kepala, lonely la konon, tu pun boleh jadi tension gila baby ke? Yang ko memilih sangat ape hal. Lagi best, putus cinta. Alololoooo, sampai nak terjun bangunan. Itu yang perempuan. Kalau laki putus cinta terjadilah kemurungan yang melampau. Sampai berjambang-jambang la macam dalam movie tu. Hati kaca betol la! Kalau dah bukan jodoh kau janganlah jadi bodoh. :)

" Time tu tension sangat, tak tau nak buat apa. Sebab tu buat benda bodoh macam tu. " 

Kelakar kan. Sebab tension buat benda bodoh. Selalu yang dah tersedar tu ayat dorang macam kat atas ni la.  Korang dah mumaiyiz kan so korang tau la ape benda yang aku maksudkan dengan benda bodoh. Tak perlu la kot aku nak bagi contoh. hehe 
Alhamdulillah laa, aku kalau tension2 pun aku tido. Main futsal hayun bola lepas geram, pasang lagu kuat-kuat sampai bergetar ligat gegendang telinga, makan banyak-banyak berhenti selepas sendawa 3 kali ,takpun diam je sepanjang hari.   

Aku post entry ni sebenarnya just to remind myself. Aku dengar cerita orang pasal masalah diorang, aku dengar pun stress dah, yang kena kat batang hidung sendiri tu lagi la 8x stress. Tapi aku kagum la siapa-siapa yang dapat settle down masalah diorang tu baik-baik tanpa melakukan perkara bodoh. Yelaaah, benda-benda macam ni bukan kita boleh control. Time sekarang ni ok lagi la kot, bila dah mai segala macam tekanan bila dah kerja nanti, dah beranak bini pulak tak tau tension dia macam mana pulak. Kita mampu control ke tak kene prepare la, fizikal,mental emosi semua. Siapa yang suka tension-tension nih. Muka ketat je sepanjang masa. Semua tak suka kan. So dont be stress yang too much! 

You can't avoid stress but you can manage it.


********************

Lesson yang aku dapat bila kerja kat shopping complex:
1.Bila orang tau kita ni single mula la pekerja laen yang lebih dewasa atau rakan-rakan sebaya nak kenen-kenenkan dengan awek-awek yang masih single yang kerja kat situ. So mula la yang dikenen-kenenkan tu saling tersipu-sipu malu, padahal takde pape pun.
2.Jangan terlampau baik dengan customer, especially anak dara sunti. Takut disalah erti kebaikan kita iaitu mereka mungkin ingat kita syok kat dia atau nak ngorat mereka. Nak senyum pun cukup la senyuman yang sederhana,jangan senyum manis sangat. Tak perlu tegur dengan ramah mesra. ( aku dah terkena,menyesal..haha)
3.Bila kita baik dengan pekerja perempuan or lelaki kedai sebelah ataupun keluar break sama-sama maka berlakulah cakap-cakap orang atau gosip-gosip hangat di antara pekerja-pekerja lain di situ. "haaa, dia tu ade skandal dgn budak tu,haaa yang ni pulak ada skandal dengan budak kedai kasut tu." Bosan sangat takde customer jadi macam tu la, lepak bergosip je. 

p/s : karipap-karipap cinta dan drama band-babak pertama :)

4 comments:

  1. karipap karipap cinta. besh ke am? haha tajuk die pon cam kelakar..:P

    ReplyDelete
  2. best gila baby..haha tu buku tau bukan cerita or drama..mmg kelakar laaa

    ReplyDelete
  3. tawu2, aku penah nampak dulu kt MPH.. haha yeke.. nanti aku nak try usha la :P

    ReplyDelete
  4. haha..try la usha..aku baca gelak sorg2 je..cam org gilo dah customer tgk..haha

    ReplyDelete